For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven

For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven;
..for all my love, my heart and soul..all belong to you! This is how ummie love you - higher than a mountain, wider than an ocean ~

Sunday, November 29, 2009

Elis rindu tak tertahan

Utusan Malaysia
26 November 2009

SEJAK usia 16 tahun, Elis Syuhaila Mokhtar mengenali Frank Theodorus Van de Ven, seorang rakyat Belanda yang lima tahun lebih tua daripadanya. Hubungan mereka yang bermula sebagai sahabat pena berakhir dengan cinta penuh gelora.

Dengan restu daripada kedua-dua belah keluarga, Elis, kini 34, dan Frank, 39, mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 2001. Elis yang pada waktu itu mengajar di Universiti Limkokwing dengan rela hati melepaskan jawatan dan mengikut suaminya berpindah ke Belgium.

Kehidupan mereka bahagia di sana. Frank atau nama Islamnya Firdaus Mokhtar, bertugas sebagai jurutera perisian di sebuah syarikat antarabangsa manakala Elis menjadi suri rumah sepenuh masa.

Walaupun sibuk, Frank tidak lupa tanggungjawabnya kepada Elis malah isterinya dilimpahi kemewahan sementelah kerjayanya itu mampu menjana pendapatan jutaan ringgit.

Namun, kehidupan mereka mula berubah selepas kelahiran Ferris Mokhtar Van de Ven pada tahun 2004. Kehadirannya tidak disenangi ibu mertua Elis yang didakwa tidak mempercayai institusi kekeluargaan.

"Bagi mereka, anak itu hanya satu beban. Tetapi saya tetap mahukan anak itu dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Frank kurang peduli, jadi saya seorang saja yang menjaga Ferris.

"Saya tidak melayan Ferris sebagai anak, sebaliknya sebagai seorang sahabat. Seharian dengannya, banyak perkara yang kami lakukan bersama.

"Untuk tidak melupakan terus asal-usulnya, saya mengajar Ferris berbahasa Inggeris dan Belanda. Saya juga ajar dia ucap salam dan beberapa doa ringkas.

"Apabila Ferris berumur dua tahun, dia sudah petah bertutur dalam bahasa Belanda dan Inggeris. Memandangkan hanya dia seorang anak saya, dia sangat manja dan pandai menghiburkan. Mertua mula tertarik kepadanya dan itu jugalah permulaan pada masalah yang saya hadapi sekarang," ujar Elis ketika ditemui Jurnal.

Ibu mertua

Menurut bekas pensyarah Falsafah Seni ini, ibu mertuanya mengaku menyayangi Ferris namun tidak suka cucunya itu mengungkapkan kalimah-kalimah suci.

"Ibu mertua pernah beritahu, dia cemburukan kemesraan saya dan Ferris. Sering berdepan tekanan akibat ketagihan arak, katanya hanya Ferris seorang yang dapat memberinya ketenangan.

"Saya tidak menyekat kalau ibu dan bapa mertua menyayangi Ferris, malah saya gembira kerana mereka sudah boleh menerima anak saya.

"Tetapi apa yang saya terkilan, mereka mahu Ferris tidak diracuni dengan ajaran Islam sehinggakan anak saya sering dijamu dengan hidangan daging babi dan makanan yang bercampur arak jika kami berkunjung ke rumahnya.

"Apabila saya menegaskan Ferris adalah Muslim dan dia tidak boleh makan itu dan ini, mereka mula menekan saya. Malah ibu mertua sanggup mencederakan dirinya sendiri semata-mata mahukan Ferris sentiasa ada bersamanya dan menjalani kehidupan tanpa akidah sepertinya.

"Sejak itu saya sering bergaduh dengan suami kerana dia memihak kepada keluarganya. Saya tiada pilihan lain. Saya mahu berjumpa dengan kakak di Manila, Frank akur dan membelikan tiket untuk kami berdua," katanya.

Semasa Elis berada di Manila pada November 2007, tanpa pengetahuannya Frank telah memfailkan cerai dan hak penjagaan Ferris di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Dia juga telah membuat laporan Elis melarikan anak mereka ke Manila.

SI COMEL ini dipercayai sedang berada di Belanda.

"Saya di Manila tak tahu apa-apa. Ada saya terima beberapa panggilan daripada peguam Frank yang mengatakan semua permohonan suami di mahkamah diluluskan dan saya perlu menyerahkan Ferris ke bawah jagaannya.

Keluar waktu malam

"Masa itu hanya Allah yang tahu macam mana takutnya hati saya. Sebelum itu saya pernah diugut macam-macam, termasuklah ugutan bunuh dan tidak berpeluang bertemu dengan Ferris lagi.

"Tidak pernah terbayang Frank akan jadi sekejam itu. Jadi, apabila saya diarah menyerahkan Ferris kepada Frank pada Mac 2008, saya nekad meninggalkan rumah bersama Ferris," jelas Elis.

Ragu-ragu dengan keselamatannya, Elis membawa anaknya tinggal di rumah saudara di Sungai Buloh, Selangor. Lebih kurang setahun mereka tinggal di situ tanpa sebarang gangguan daripada Frank.

"Saya sangat takut kalau Frank datang dan ambil Ferris daripada saya. Kami langsung tak keluar rumah pada waktu siang. Kalau hendak beli barang atau bawa Ferris berjalan, saya akan bawanya ke Seremban atau Melaka.

"Dalam masa setahun itu, macam-macam yang Frank buat. Dia sangat marah apabila saya bawa Ferris pergi. Dia ugut untuk bunuh keluarga saya dan buat saya kecewa. Dia juga sebarkan notis ke merata tempat mengatakan saya seorang ibu yang gila dan macam-macam lagi.

"Selepas setahun tinggal seperti pelarian, saya terbuka hati untuk bertemu dengan Frank bagi menyelesaikan masalah kami. Jauh di sudut hati, saya masih menyayanginya dan saya juga tahu Ferris perlukan seorang ayah," tutur Elis.

Tanpa diduga, dia diserang semasa mahu berjumpa Frank di sebuah hotel. Apa yang lebih mengecewakan Elis, suaminya sendiri yang menyembur matanya dengan serbuk lada. Mujur pada ketika itu anak saya sempat diselamatkan oleh anak-anak saudara saya.

Akidah

"Selepas itu kami masing-masing buat report tetapi kes digugurkan. Tidak lama selepas itu kami mendapat perintah mahkamah untuk menjaga Ferris secara bergilir.

"Frank menghantar Ferris pulang apabila tiba giliran saya namun ia hanya untuk beberapa kali. Pada minggu kelima, sekitar Mac 2009, Frank menjemput Ferris dan itu merupakan kali terakhir saya bertemu dengan anak saya.

"Frank mula tidak menjawab panggilan daripada saya dan apabila giliran Ferris bersama saya, Frank tidak menghantarnya. Suami bawa anak saya pergi. E-mel, panggilan dan pesanan langsung tidak dibalas. Saya betul-betul tertekan dengan keadaan itu.

"Saya cuba berdamai dengan Frank tapi tidak berhasil. Sampai sekarang saya tidak tahu di mana suami dan anak saya. Saya ada terima e-mel daripada mertua tetapi selepas beberapa bulan baru saya mendapat berita daripada Frank," cerita Elis.

Kerinduannya kepada Ferris tidak pernah terubat. Setiap malam, tidur Elis bertemankan baju terakhir yang dipakai anaknya. Rayuan demi rayuan untuk bertemu anaknya tidak pernah dilayan oleh Frank. Sebaliknya Frank memberitahu Ferris kini bahagia tinggal bersamanya dan tidak mahu lagi pulang ke Malaysia untuk bertemu ibunya.

Selepas apa yang terjadi dan terpisah dengan si anak selama sembilan bulan, Elis tidak patah semangat.

"Walaupun hidup saya tak semewah dulu dan hanya menjual kuih koci untuk menyara hidup, saya takkan berhenti berusaha untuk dapatkan Ferris dan menyelamatkan akidahnya. Saya tahu dia sangat rindukan saya dan mahu kembali ke sini," rintih Elis.

Ministry To Help Elis Reunite With Son - Shahrizat

Ministry To Help Elis Reunite With Son - Shahrizat

KUALA LUMPUR, Nov 28 (Bernama) -- The Woman, Family and Community Development Ministry, through the Attorney-General's Chambers, will assist Elis Syuhaila Mokhtar, 34, reunite with son, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, who was taken to Belgium by her former husband.

Its minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail had promised to help solve the issue.

"This issue involves the laws of two countries. Although there was an order from the Syariah High Court (giving custody to Elis Syuhaila), the child has been taken away.

"I've asked the Attorney-General to help Elis Syuhaila so that the son can be returned in accordance with the order issued by the Syariah High Court and I promise to check on this case from time to tome," she told reporters at the Kepong Wanita Umno Aidiladha celebration here Saturday.

The Syariah High Court had on Nov 10 given Elis Syuhaila a full custody of the boy.

Elis Syuhaila's former husband, who is the boy's father, Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus, 40, took Ferris Mokhtar to Belgium through Rantau Panjang, Kelantan on March 5.

On Sept 8, Van De Ven contacted the Umno Youth community complaints bureau in Kuala Lumpur to say that Ferris was with him in Belgium and that he would not hand him over.

Shahrizat urged Elis to appoint a lawyer as advised by the Foreign Ministry to challenge Van De Ven's action in the Belgian court.

"The action by Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus tantamounts to abduction, a challenge to our laws and an insult to the Syariah laws of Malaysia."

She said her ministry would cooperate with the Attorney-General's Chambers, Foreign Ministry and the Home Ministry to seek justice in the case.

-- BERNAMA

Berita Harian 29 Nov 2009

28 November, 2009 22:46 PM

Peguam Negara Janji Bantu Selesaikan Kes Elis - Shahrizat

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membantu Elis Syuhaila Mokhtar, 34, mendapatkan semula anaknya, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, yang dilarikan bekas suami ke Belgium menerusi bantuan Pejabat Peguam Negara.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dihubungi beliau pagi tadi berjanji untuk membantu menyelesaikan perkara itu.

"Isu ini melibatkan perundangan kedua-dua negara, memang ada perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah, tapi anak itu telah dilarikan.

"Saya minta Peguam Negara membantu keluarga Elis mengikut perundangan agar anak itu dapat dikembalikan mengikut perintah Mahkamah Tinggi Syariah dan saya berjanji akan menyemak kes ini dari masa ke masa," katanya kepada pemberita di majlis sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Wanita Umno Bahagian Kepong, di sini pada hari Sabtu.

Pada 10 Nov lepas, Mahkamah Tinggi Syariah telah memberikan hak penjagaan anak kepada Elis, namun keputusan itu tidak membawa apa-apa makna bagi beliau kerana anaknya itu telah dilarikan bekas suaminya Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus, 40, seorang warga Belanda ke Belgium melalui Rantau Panjang, Kelantan, 5 Mac lepas.

Sebelum itu, pada 8 Sept lalu, Firdaus telah menghubungi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di Kuala Lumpur dan memberitahu beliau tidak akan menyerahkan Ferris serta mengesahkan anak itu ada bersamanya di Belgium.

Sementara itu, Shahrizat turut meminta Elis agar melantik seorang peguam seperti yang dinasihati Wisma Putra bagi mencabar tindakan suaminya di Belgium dengan mengguna pakai undang-undang negara berkenaan.

"Tindakan yang dilakukan oleh Firdaus merupakan satu bentuk tindakan penculikan dan mencabar kedaulatan undang-undang negara ini dan menghina undang-undang Syariah Malaysia," katanya.

Katanya kementeriannya akan mengkaji perkara itu termasuk mengadakan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri bagi mencari keadilan di dalam kes terbabit.

-- BERNAMA

Ministry to help Elis reunite with son

New Straits Times

2009/11/28

KUALA LUMPUR, Sat: The Woman, Family and Community Development Ministry, through the Attorney-General's Chambers, will assist Elis Syuhaila Mokhtar, 34, reunite with son, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, who was taken to Belgium by her former husband.

Its minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail had promised to help solve the issue.

"This issue involves the laws of two countries. Although there was an order from the Syariah High Court (giving custody to Elis Syuhaila), the child has been taken away.

"I've asked the Attorney-General to help Elis Syuhaila so that the son can be returned in accordance with the order issued by the Syariah High Court and I promise to check on this case from time to tome," she told reporters at the Kepong Wanita Umno Aidiladha celebration here today.

The Syariah High Court had on Nov 10 given Elis Syuhaila a full custody of the boy.

Elis Syuhaila's former husband, who is the boy's father, Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus, 40, took Ferris Mokhtar to Belgium through Rantau Panjang, Kelantan on March 5. -- BERNAMA

Ferris Mokthar - Dutchman on why he took son away to Belgium

New Straits Times

2009/11/28

By Kristina George

PUTRAJAYA: Frank Theodorus van de Ven @ Firdaus has finally broken his silence in the wake of repeated claims by his former Malaysian wife that he had "kidnapped" their son, Ferris Mokthar, and taken him abroad.

He said he had been forced to take his 5-year-old son to Belgium as he had feared that Elis Syuhaila Mokhtar, 34, would disappear with Ferris as she did for 480 days from Nov 10, 2007.

He said there was every chance she would do the same despite he being granted ex-parte custody over Ferris after Elis failed to show up for the custody hearing in the syariah court in January last year.

The court had issued an arrest warrant for Elis when she failed to appear at the hearing.

In an email to the New Straits Times to counter recent statements by Elis, van de Ven said Ferris had been "abducted" by Elis, leaving him desperately looking for his son.

He said he tracked Elis and Ferris down to the Sunway Lagoon Resort Hotel on Dec 29 last year.
File picture of Frank Theodorus van de Ven @ Firdaus, Elis Syuhaila Mokhtar and their son Ferris Mokhtar at the child custody hearing in early February this year.
File picture of Frank Theodorus van de Ven @ Firdaus, Elis Syuhaila Mokhtar and their son Ferris Mokhtar at the child custody hearing in early February this year.

"I received information that Elis and Ferris were staying there and when I arrived, I saw them both standing in front of a fountain taking photographs," said the 40-year-old Dutch national.

"I showed a copy of the arrest warrant for my wife to a police officer nearby but he didn't act on my request."

Overcome by emotion, he ran towards his son and was allegedly attacked by Elis' relatives.

"There were 10 people beating and kicking my head and body. I had no choice but to defend myself with pepper spray before the police arrived and stopped the attack."

Van de Ven claimed that Elis and her relatives rushed the boy into the hotel as he begged the police to record a statement from Elis.

"The police obliged but could not arrest Elis as I had only brought a copy of the arrest warrant. On her way out, she saw my father waiting in a car nearby and did a victory dance before showing him her middle finger."

The next morning, he filed a police report against Elis.

Van de Ven said he had to visit a senior police officer to get Elis arrested in January this year but she was released by the syariah court an hour later.

In early February this year, the syariah court allowed van de Ven and Elis to share custody of Ferris on a weekly basis. Elis was allowed to keep Ferris' passport.

Earlier this month, Elis was given full custody of the boy. The court granted van de Ven visitation rights under Elis's supervision and ordered him to pay costs assessed by the court registrar.

On his son being taken to Belgium, he said he had done so after "Ferris begged me to do so".

Van de Ven said Ferris was healthy and "living happily" in Belgium and that he did not want to speak to Elis.

Asked for photographs of Ferris, van de Ven declined as he feared Elis might use this to "abduct" their son a second time.

Police confirmed that van de Ven had lodged a report against Elis in December last year.

Elis said last week that she was willing to share custodial rights over Ferris with van de Ven if she could see her son daily.

She had said that she did not mind van de Ven visiting their son whenever he wanted despite being granted full custody of her son.

Ferris Mokthar - Ex-wife: He threatened to kill me and family

New Straits Times

2009/11/28
by Kristina George

PUTRAJAYA: "My husband tried to strangle me on countless occasions in front of our 5-year-old son, Ferris Mokthar. He also threatened my life and that of my family members."

This was Elis Syuhaila Mokthar's startling revelation yesterday after being told about Frank Theodorus Van de Ven @ Firdaus' statement yesterday defending his decision to take their son to Belgium.

She said she had lived in constant fear during her marriage to van de Van "and so I had no choice but to get my son and myself away from him".

The 34-year-old said she was still terrified of her former husband.

"I kept telling him that we should stay together for our son's sake but he would only get angry with me and threaten to kill me and my family.

"This happened even before we filed for divorce last year and Ferris would cry hysterically whenever he saw his father being violent towards me."

She said she finally decided to speak of her husband's cruelty towards her and her family on discovering his "revelations" to the press yesterday.

"I never reported his abuse before this as I was afraid he would do something worse to me or my son on finding out."

Elis claimed that her husband would constantly send hired thugs to monitor her whereabouts and even brought two "bodyguards" to tear down the gates of her father's home in Batu Caves in February last year.

"He said he had come to hand over the ex-parte documents but got violent and started cursing me in front of the entire neighbourhood when I refused to let him in."

She claimed he had married a Filipino in Thailand last year, saying that the woman had been with him during an incident involving them at the Sunway Lagoon Resort Hotel last December.

"In his police report, he said he was attacked by 10 people but failed to mention that he had lunged towards me and attempted to strangle me first.

"That was when my family members and passers-by stepped in to break up the tussle before the police arrived."

Elis also lodged a report that night, which was confirmed by police.

"To me, these things are small in comparison with my need to see Ferris," she said.

"He can say whatever he wants but I have every right to see Ferris as I am his mother.

"I have been through hell these past nine months without my son. I can barely sleep or eat thinking about him."

Wednesday, November 25, 2009

Perjuangan Elis untuk Ferris

25 Nov 09

Sila jengah http://elisdanferris.wordpress.com/

Hari ini, saya buatkan satu blog khas untuk sahabat baik saya Elis Syuhaila, setelah kebelakangan ini banyak saya terbaca mengenai perjuangannya untuk mendapatkan semula anaknya Ferris Mokhtar, 5 tahun. Saya bukan sahaja banyak membaca tentangnya di akhbar-akhbar yang dengan penuh lelehan airmata, menahan rindu terhadap anak tunggalnya Ferris. Apa yang menyedihkan, saya juga terbaca banyak-banyak andaian yang telah tersiar di ruang internet ini yang dijadikan medan fitnah terhadap sahabat saya ini. Dan sudah pastinya andaian-andaian itu sangat mengaibkan.

Maka, beberapa hari lalu saya terus menemuinya, menasihatinya untuk membalas kembali apa yang telah dilakukan oleh Frank @ Firdaus, yang masih sebagai suaminya, walaupun setelah dua tahun meninggalkan Elis bergantung tanpa tali. Tanpa nafkah saraan walau sesen pun, zahir dan batin. Sedih saya melihatkannya. Namun Elis mampu tersenyum dan membuat lawak seperti selalunya, seolah-olah apa yang Frank lakukan itu semuanya satu gurauan kasar yang dimengertikan Elis hanyalah sebagai melemahkan semangatnya untuk mendapatkan Ferris. Elis tidak goyah!

Bagi saya, Elis amat tabah!

Banyak telah saya berikan hujah agar dia tidak terus berdiam diri, dengan senyuman masih meleret, tak lekang dari bibirnya, namun matanya berkaca-kaca menahan apa yang tersirat di dalam hatinya selama ini, katanya, Frank boleh buat apa sahaja dengan gambar-gambar atau cerita-cerita semua tu, takkan orang Melayu kita sanggup menyebelahi orang putih? Takkan orang Melayu kita percaya bulat-bulat?

Saya terfikir sejenak. Kata-katanya itu meresap ke dalam hati saya. Lagi-lagi apabila Elis berkata; seburuk mana aku ni? Takkan sampai hati bangsa aku tak sokong aku sampaikan melepaskan Ferris ke tangan Frank. Dah tentunya Ferris pun bukan Islam lagi nanti! Aku tak rasa orang-orang Islam di Malaysia ni membiarkannya! Ferris umpama anak-anak dia orang jugak!

Saya terdiam.

Saya tunjukkan pada Elis semua blog-blog yang bangsa kita sendiri buat, yang beragama Islam, postkan gambar-gambar Elis yang di fitnah oleh suaminya. Elis menangis! Kasihan Elis. Beban yang ditanggungnya berjauhan dengan anak masih lagi nyawa-nyawa ikan untuk dia meneruskan hidupnya, kini di tambah pla dengan mereka-mereka yang tak bertanggugjawab sampai hati melakukan sedemikian rupa pada anak bangsa sendiri.

Elis kata lagi, biarlah apa orang nak cakap…apa boleh aku buat? Suruh reporter buat penyataan pasal blog-blog bodoh tu? Baik suruh reporter buat cerita mengapa Interpol tak terima perintah dari makamah syariah untuk dihantar ke interpol di Belanda? Melengahkan usaha aku nak dapatkan Ferris pulak. Aku bukannya artis nak orang kecoh siapa aku! Aku bukan ahli politik, orang nak jatuhkan aku…aku hanya nak anak aku! Itu je! Sekurang-kuranya tahu di mana Ferris, sehat ke dia? Ingat aku ke dia? Itupun dah cukup!

Saya pulang ke rumah memikirkannya. Malam itu, saya tidak dapat melelapkan mata. Kasihan Elis! Kasihan Elis! Lalu saya menalifonnya, Elis masih belum tidur. Saya meminta dia membuat satu kronologi bagaimana semua ini terjadi. Sudah ada, kata Elis. Saya memintanya membuat dengan lebih detail, setiap apa yang telah Frank lakukan padanya. Repot polis, fail makamah. Elis bersetuju.

Hari ini, Elis telah mengemelkan kepada saya semuanya. Dengan syarat, tiada berat sebelah. Tiada ‘cut’ atau ‘edit’. Saya bersetuju. Terpulanglah kepada kita semua untuk menilai siapa yang benar atau siapa yang salah di antara mereka. Tetapi untuk apa? Siapa kita untuk mengadili mereka? Sedangkan anak kecil itu siang malam merindukan ummi nya! Tak kasihankah kita?

Sebagai sahabat yang sama-sama membesar dengannya, yang tahu siapa Elis lebih daripada kalian semua, Elis memang periang, becok mulutnya, kelakar orangnya, jarang ada gambar-gambar Elis yang tersenyum ayu! Saya rasa para-para wartawan yang pernah menemu-bual Elis, mereka akan setuju dengan saya! Elis tak jahat! Elis bekas pensyarah, malah sepanjang kehilangan Ferris, Elis mencari kekuatan dengan bertugas sebagai cikgu sementara mengajar anak-anak kita di sekolah rendah yang hanya bergaji RM35 sehari. Elis sayang budak-budak! Kata Elis, itulah satu-satunya yang dapat mengubat rindunya pada Ferris, melayan kerenah budak-budak buat dia sibuk! Jiwanya terisi!

Apa yang saya pinta hanya berilah sokongan kepada Elis untuk mendapatkan anaknya semula.. Itulah yang tertulis pada setiap baris ayat-ayatnya, pada blognya mahupun pada BRING BACK FERRIS TO MALAYSIA group dalam Facebook yang dibuatkannya khas untuk mendapatkan sokongan kita semua agar dia diberi perhatian oleh Wisma Putra demi untuk anaknya Ferris.

Terfikir oleh saya, tentang perangai masyarakat Melayu kita. Bukankah sememangnya sudah menjadi kegemaran utama bangsa kita suka benar mengambil tahu tentang keburukkan orang lain. Apa yang saya perhatikan, bila Elis membuat blog untuk mendapatkan bantuan mencari anaknya Ferris, saya tidak nampak seramai mana yang sudi postkan blog Elis pada halaman blog mereka, hanyalah di blog-blog para ibu yang tahu keperitan yang Elis rasakan. Akan tetapi, bila suami Elis membuat fitnah dengan gambar-gambar dan cerita-cerita buruk tentang kononnya siapakah sebenarnya Elis? ..tanpa usul periksa, merata-rata bagaikan satu temasya hebat para-para blogger Melayu kita yang arif dan bijaksana ini postkan gambar-gambar tersebut. Sehingga semuanya bagaikan menerima satu mukjizat dari langit meriahnya, termasuklah mereka-mereka yang Elis sendiri telah berikan kepercayaan penuh untuk membantunya mendapatkan anaknya semula. Kasihan Elis! Terlalu mempercayai bangsanya sendiri!

Adakah gambar-gambar dan cerita-cerita itu benar dan kukuh sekali di mata fikir kita sebagai seorang yang sama bangsa dengan Elis, yang berakal dan berilmu untuk mempertikaian kewibawaan dan kelayakkan dirinya untuk menjadi ibu kepada anak yang dikandungkannya sendiri? Atau penting benarkah fitnah itu sehinggakan kita sanggup menutup peluang seorang ibu untuk mendapatkan sokongan rakyat terutamanya bangsa kita sendiri untuk mengetahui di mana dan bagaimana keadaan anaknya? Pastinya untuk dapat mendakap dan membelai anaknya semula? Tergamaknya kita! Saya malu!

Mengapa cetek sangat pemikiran kita wahai bangsa Melayu? Sanggupkah kita membiarkan Ferris terus hanyut di sana, dan hilang agamanya?

Mana pembelaan bangsa Elis sendiri yang sepatutnya menyokong Elis dengan penuh semangat? Bukankah kita yang sepatutnya menjadi tiang seri untuk Elis berpaut teguh demi mendapatkan anaknya dari negara yang telah menjajah kita beratus tahun dulu itu? Mana hilangnya semangat kita yang dikatakan berdarah Hang Tuah, Tok Jangut? Mana?

Sedangkan kita tahu, Ferris itu anak kita! Anak Melayu kita! Ferris makan nasi lemak! Ferris makan belacan! Ferris makan roti canai macam anak-anak kita! Ferris! Ferris! Ferris! Sanggupkah kita?

Kalau bukan kita yang membela nasib Elis dan Ferris ini, siapa lagi? Saya sebagai sahabat Elis, saya kenal siapa Frank, saya yang selalu asuh Ferris semasa Ferris masih bayi sehinggalah saya mendapat berita bahawa Ferris telah dilarikan oleh Frank!

Mungkin belum ada siapa lagi yang membela nasib Elis sebegini, saya bersedia untuk berjuang bersama-sama Elis demi mendapatkan Ferris semula, walaupun saya tahu selepas ini Frank akan memblacklist saya, sama seperti Wendy dan Niek (yang difitnah, antara sahabat-sahabat baik Elis semasa di Belgium, yang telah menyelamatkan Elis dari dipukul dan dianiaya oleh Frank. Yang kita sedia tahu Elis di sana sebatang kara!)

Dan sayalah juga bersama semua rakan-rakan yang mengenali Elis dan menyayangi Ferris menjadi orang yang pertama selepas ahli keluarganya, yang akan memberikan semangat penuh pada Elis untuk terus berjuang untuk mendapatkan kekasih hatinya, Ferris. Anda bagaimana?

Admin of Perjuangan Elis untuk Ferris

JAWAPAN UNTUK FITNAH DARI SUAMI

On Tue, Nov 24, 2009 at 3:57 PM, mazidul akmal <mazidul360@yahoo.com.my> wrote:

What would be your reactions to this link?
If these claims were true, then you would be in a deep trouble.
Cheers!




Date: Wed, Nov 25, 2009 at 1:14 AM
Subject: Re: please help me BRING BACK FERRIS TO MALAYSIA!
To: mazidul akmal


salam mazidul...
apa saya nak cakap?
after all, it's up to us to believe it or not..
and for your info, he's been blackmailing me ever since...for the whole 2 years and until now...

I am very content to face it, because I believe we are much intelligent to decide it..read my blog..for u to think about it! Did i ever mentioned about Frank? Dalam blog saya mahupun di akhbar..ada saya sentuh tentang kegagalan dia sebagai suami? Sebab yang pentingnya, adalah anak saya...

If I want to tell the world what he had done to me, i think macam membuka pekung di dada about my husband, what for?
I am not here to insult or to humiliate him or anyone..or to prove who is wrong or right..
because one thing about peoples...they can do whatever they want to do, they can say whatever they want to say...

TETAPI ini semua tidak akan dapat melemahkan semangat saya untuk mendapatkan anak saya semula!

I WANT TO SEE MY SON BACK..

please delete the link...if u want to help me..
or come to see me directly..to knw the truth...semua gambar, repot polis apa yang dia dah buat pada saya..
bagi saya...tak pernah nak ceritakan semuanya pada sesiapa..
untuk apa? saya taknak jadikan internet sebagai medan perbalahan saling malu memalukan...
bukankah kami suami dan isteri...

sekiranya ada cara untuk membersihkan nama saya? tolong beri tunjuk ajar pada saya...dan setiap gambar yang ada dia letakkan di situ, semuanya ada kesinambungannya dengan gambar-gambar yang lain...
facebook tu, dia hacked emails dan semua yang saya ada...dia boleh buat apa sahaja...
tolonglah saya...
sekiranya saya nak kawin dengan dia kerana kaya? mengapa saya tak ambik duit dia walau sedikit pun? kenapa saya tinggalkan dia at the 1st place? saya hanya mahu anak...saya tinggalkan segala-galanya....
kalau saya nak buat blog macam dia buat...saya ada semua gambar-gambar lucah dia...gambar mak dia....ayah dia..keluarga dia..tapi..untuk apa? saya bukan macam Frank...he thinks he could have anything with his money and dia boleh buat apa sahaja..
kerana saya tidak melawan, dia buat apa sahaja...
cukuplah dia memalukan keluarga saya...

thx

elis


From: elis mokhtar <@gmail.com>
Date: 2009/11/25
Subject: Re: please help me BRING BACK FERRIS TO MALAYSIA!
To: mazidul akmal

TERIMA KASIH MAZIDUL KERANA DELETED LINK TERSEBUT...

now u know who am i dealing with...
if u have doubt..u can call Dato' Muhamad Khairun Aseh, Biro Aduan Awam, Pemuda UMNO...beliau pernah bercakap dengan Frank...
bukankah dah keluar dalam The Star yang Frank kata 'no way' serah atau share custody dengan saya?

apa perasaan saya sebagai seorg ibu?

dan jawapan dari Wisma Putra n Interpol...boleh tanya reporter Kristine George dari NST, dia ada hubungi wisma putra dan interpol..

are u going to help me, mazidul?


elis
ummie ferris

Sunday, November 22, 2009

NST 11 Nov 2009

New Straits Times

Mum gets custody, but child is abroad

2009/11/10

By Rita Jong

SHAH ALAM: It was a bitter-sweet moment for businesswoman Elis Syuhaila Mokhtar yesterday after the Syariah High Court here awarded her custody of her 5-year-old son.

Tears flowed freely after the court delivered its decision but the 34-year-old mother's cries were not just tears of joy.

It has been nine months since she last saw or heard from her son Ferris Mokhtar Van de Ven after her estranged husband took him away. Father and son are now believed to be in Belgium.

"I have the court order now but what is the use if I can't find Ferris?" she cried. "The court order does not apply in Belgium. All I want is to hold him in my arms. I miss him so much."

Elis Syuhaila was embroiled in a child custody battle with her Dutch husband, Frank Theodorus Van de Ven @ Firdaus, 40.

The application for full custody was filed by Frank, a businessman, last year and both parties were granted joint custody of the child pending the disposal of the case yesterday.

Elis Syuhaila Mokhtar, who was granted custody of her son by the Syariah High Court, holding her son’s passport. She is puzzled how her son could have been taken abroad without his passport. — NST picture by Che Rani Che Din
Elis Syuhaila Mokhtar, who was granted custody of her son by the Syariah High Court, holding her son’s passport. She is puzzled how her son could have been taken abroad without his passport. — NST picture by Che Rani Che Din

In March this year, however, Frank failed to return their son to Elis Syuhaila. He was said to have told her that he wanted to take Ferris for a holiday in Penang but they never returned. That was the last time she saw her son.

"Ferris is a Malaysian. I am holding his passport. So how was he taken out of the country?" she asked.

"I abided by the court's order (for joint custody) when I let Frank take Ferris."

She said Ferris did not want to go with his father, but she persuaded him assuring him that everything would be all right.

"People comfort me by saying my son will come back, but when? Twenty or thirty years later?" she asked.

"Then what? What if he asks me 'Mummy, why didn't you come to find me?"

She said she kept Ferris' favourite toys in her handbag and never left home without it with the hope that she might bump into them on the streets.

During the hearing, Elis Syuhaila alleged that Frank did not practise the Muslim faith, often drank alcohol and was said to have also planted cannabis and poppy plants in his home in Belgium.

"The court is satisfied that the young child belongs with his mother. In a child custody case, parents must always remember that they have to provide a conducive place to raise the child.


"It saddens me that in most cases, whether the child goes with the father or mother, the child would end up with the family of the spouse most of the time."

Judge Abu Zaky Mohammed also said that it was worrying that the child was now with his father who did not practise the faith.

He, however, said both Elis Syuhaila and Frank were still married.

He also granted Frank visitation rights under Elis Syuhaila's supervision and ordered him to pay cost assessed by the court registrar.


UTUSAN 11 Nov 2009

11/11/2009

Elis berjaya dapat hak penjagaan anak


Gambar kenangan Elis Syuhaila Mokhtar bersama suaminya, Firdaus @ Frank Theodorus Van De Ven. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi


SHAH ALAM 10 Nov. - Perjuangan seorang bekas pensyarah untuk mendapatkan kembali anak yang telah dilarikan suaminya ke Belgium pada Mac lalu berhasil apabila Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memberikan hak penjagaan kepadanya.

Namun, Elis Syuhaila Mokhtar, 34, tetap berlinangan air mata kerana mengenangkan perjalanan yang masih jauh terpaksa ditempuh bagi membawa pulang Ferris Mokhtar Van de Ven, 5, ke Malaysia.

Sebelum sempat melangkah keluar dari mahkamah, wanita itu menangis semahu-mahunya sambil ditenangkan oleh ibu, Normah Nordin dan kakaknya, Nini Naf Aizah yang berjanji akan berusaha membawa Ferris pulang.

''Orang lain dapat hak penjagaan dapat peluk anak, saya usahkan peluk, dengar suara pun tidak pernah, apatah lagi menatap wajah dia sejak sembilan bulan lalu.

''Saya minta tolong sangat-sangat kepada kerajaan dan Wisma Putra supaya usahakan sesuatu. Saya percaya pada undang-undang, sebab itu saya serahkan Ferris bila diperintah oleh mahkamah.

''Tetapi suami saya pula larikan Ferris. Ferris, pulanglah kepada ummi, ummi amat rindukan Ferris,'' rintih Elis sambil menunjukkan foto serta mainan Ferris yang sentiasa dibawa ke mana-mana.

Menurut Elis, anaknya adalah rakyat Malaysia kerana dia dilahirkan di negara ini serta mempunyai pasport Malaysia dan juga pasport Belanda yang kini berada dalam simpanannya.

Katanya, dia berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan Ferris kerana tidak mahu anaknya dibesarkan tanpa mengikut ajaran Islam.

Malah, jelas Elis, dia tidak tamak dan tetap akan membenarkan suaminya, Firdaus @ Frank Theodorus Van De Ven, 40, melawat Ferris sebagaimana yang diperintah oleh mahkamah kerana lelaki itu tetap bapa kepada anaknya.

Terdahulu, Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad memberikan hak penjagaan Ferris kepada Elis selepas defendan (Elis) memberi keterangan sebelah pihak dan mengangkat sumpah istizhar bagi membenarkan segala dakwaannya.

Abu Zaky turut memberikan hak lawatan kepada suaminya yang merupakan warga Belanda untuk menemui Ferris di kediaman Elis di bawah pengawasan isterinya itu.

Dalam keputusan hari ini, beliau juga membenarkan permohonan Elis dengan mengeluarkan satu perintah kepada Wisma Putra untuk membawa Ferris pulang ke Malaysia.

Semasa membacakan keputusannya, Abu Zaky menyifatkan Elis paling layak dan menasihatkan wanita itu agar memberi perhatian serta mengambil peluang tersebut bagi menjaga anaknya sepenuh masa dengan baik.

Katanya, walaupun foto-foto tentang tingkah laku Firdaus tidak disokong oleh bukti lain, mahkamah menerimanya sebagai satu gambaran yang membimbangkan dari segi akidah.

Abu Zaky turut memerintahkan Firdaus untuk membayar kos bagi kes tersebut yang jumlahnya akan ditaksirkan kemudian.

Sebelum ini, Firdaus telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan Ferris apabila dia dan Elis dalam proses untuk bercerai selepas mendirikan rumah tangga pada 2001.

Awal Februari lalu, Abu Zaky memerintahkan supaya Ferris dipelihara secara bergilir-gilir oleh Elis dan Firdaus sebelum hak penjagaan kekal anak itu diputuskan oleh mahkamah.

Namun pada 25 Mac lalu, mahkamah dimaklumkan bahawa Firdaus telah mengingkari perintah mahkamah selepas tidak menyerahkan semula Ferris kepada Elis.

Berikutan itu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Firdaus dan meminta kerjasama Imigresen, Interpol dan pihak berkuasa lain supaya pengaturcara komputer itu ditahan dan dilarang keluar dari Malaysia.

Namun rekod Jabatan Imigresen menunjukkan dia meninggalkan Malaysia ke Belgium melalui Rantau Panjang, Kelantan pada 5 Mac lalu.


Pada 8 September lalu, Firdaus telah menghubungi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di Kuala Lumpur dan memberitahu dia tidak akan menyerahkan Ferris serta mengesahkan anak itu ada bersamanya di Belgium.

The Star 10 Sept 2009

The Star Online

Thursday September 10, 2009

Tug-of-love son not coming back for Raya

By YUEN MEIKENG


PETALING JAYA: Elis Syuhaila Mokhtar’s hopes of seeing her six-year-old son, who was whisked away by his Dutch father six months ago, during Hari Raya were dashed when her husband expressed that there was “no way” he would return him.

The 34-year-old teacher said she was very upset that computer programmer Firdaus @ Frank Theodorus van de Ven, was adamant on not bringing back Ferris Mokhtar van de Ven to Malaysia even when told he had defied a court order.

“I have been crying since this morning when I saw the newspaper report on van de Ven’s refusal. I guess I am not going to get my son back by Hari Raya,” she told The Star yesterday.

She was responding to newspaper reports on van de Ven who contacted Umno Youth’s community complaints bureau chairman Datuk Muhd Khairun Aseh on Tuesday and said “no way” when the latter persuaded him to bring Ferris back to Malaysia.

Muhd Khairun said he spoke to van de Ven on the phone yesterday, adding that the Dutch was adamant in not wanting to part with his son.

When Muhd Khairun offered to set up a meeting for the family, he refused and challenged the bureau chief to take his son away.

Elis Syuhaila and van de Ven filed for divorce in January last year and took turns every week to look after Ferris until March 5 when van de Ven failed to return him. It is learnt that Ferris is currently with his father in Belgium.

However, Elis Syuhaila was still hopeful that Ferris would show up during the proceedings to determine the custody of the Malaysian boy at the Syariah Court in Shah Alam next Tuesday.

“Everytime I go to court, I bring Ferris’ soft toys and baby blanket in hopes that he would turn up,” she said, adding that her son was very attached to the blanket which he brought everywhere he went.

Muhd Khairun said he was working closely with the consular division in Wisma Putra and they had informed him that the court order has been forwarded to the Malaysian embassies in Belgium and Holland.

The Star 29 Aug 2009

The Star Online

Saturday August 29, 2009

Dutchman defies court order


KUALA LUMPUR: A Dutch computer programmer challenged the sovereignty of the rule of law when he failed to follow a court order to bring his six-year-old Malaysian son to the court, says Umno Youth’s community complaints bureau.

Bureau chairman Datuk Muhd Khairun Aseh said Firdaus @ Frank Theodorus van de Ven, 40, insulted the order issued by the Shah Alam Syariah Court on March 25 to produce Ferris Mokhtar van de Ven, whom he allegedly whisked away six months ago.

Whereabouts unknown: A poster showing Ferris Mokhtar whom his father allegedly whisked away six months ago.

“We will be handing over a letter to the Dutch embassy next week to inform them of Frank’s disobedience of the court order,” he told a press conference at the bureau’s office in Solaris Dutamas here yesterday.

“We urge those involved to follow what is required of the law so that diplomatic relations between Malaysia and the Netherlands will be preserved,” said Muhd Khairun.

He also hoped that the rights of Ferris Mokhtar’s Malaysian mother Elis Syuhaila Mokhtar would be upheld.

Muhd Khairun said the bureau had started to search for van de Ven by working together with the Foreign Ministry and foreign consulates to refer the matter to the Malaysian embassy in the Netherlands.

“We have also requested the Immigration Department to supply us with the latest re- cords regarding Frank’s movements in and out of the country,” he said.

On March 25, the court issued an arrest warrant against van de Ven and asked for help from Interpol and other relevant authorities to arrest and stop him from leaving Malaysia.

Distraught mum: Elis Syuhaila holding back her tears as she speaks to the press yesterday. With her is Muhd Khairun.

Elis Syuhaila, who was also present, wept as she told reporters that it was her dearest wish to see Ferris before Hari Raya.

The 34-year-old temporary teacher said she had sent numerous e-mails to her parents-in-law to ask of the whereabouts of her son but did not receive any reply.

The couple, currently seeking a divorce, were married on Dec 23, 2001 and lived in Belgium until Elis Syuhaila returned to Malaysia two years ago.

They filed for divorce in January last year and took turns every week to look after Ferris until March 5 when van de Ven failed to return him.

Elis Syuhaila also claimed her husband tried to attack her on two occasions.

The first time was when he broke her house gate on Feb 15 last year, she said.

“The second incident was on Dec 12 last year when I was about to take a picture of Ferris at a hotel. He tried to strangle me, and attacked me with pepper spray in public,” she added.

Those with information on Ferris may contact Elis Syuhaila at 013-219 1205 or the bureau at 03-6207 8706.

Berita Harian 29 Aug 2009

Tindakan Frank larikan Ferris hina mahkamah

Pemuda Umno kemuka perintah jagaan anak kepada Kedutaan Belanda

MENCARI... Ibu Ferris, Elis Syuhaila Mokhtar menitiskan air mata pada sidang media petang tadi sambil meminta suaminya, Firdaus @ Frank Theodorus van de Ven memulangkan anaknya, Ferris Mokhtar. Foto The Star oleh RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan menghantar surat perintah mahkamah kepada Kedutaan Belanda untuk memaklumkan Firdaus @ Frank Theodorus van de Ven, 40, ayah kepada Ferris Mokhtar telah melanggar perintah mahkamah mengenai hak penjagaan kanak-kanak itu.

Surat tersebut akan dihantar kepada Kedutaan Belanda di sini minggu hadapan.

"Kita perlu menterjemah perintah mahkamah ini terlebih dahulu.

"Insya-Allah selewat-lewatnya hujung minggu depan kita akan hantar kepada Kedutaan Belanda," kata Pengerusi Biro Aduan Komuniti Exco Pemuda Umno, Datuk Muhd. Khairun Aseh.

Kata beliau, tindakan Frank bukan sahaja telah menghina perintah mahkamah, malah Biro Aduan berpendapat bahawa tindakannya membawa lari Ferris telah mencabar kedaulatan undang-undang Malaysia.

"Kita gesa pihak yang terlibat supaya patuhi perintah mahkamah yang telah dikeluarkan agar hubungan diplomatik kedua-dua negara dapat dipelihara dan yang paling penting hak ibu (Elis Syuhaila Mohktar) dapat dipegang," kata beliau pada sidang akhbar di pejabat Biro Aduan Komuniti di Sri Hartamas di sini hari ini.

Elis Syuhaila, 34, juga hadir sama.

Pada 25 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Frank dan meminta kerjasama Imigresen, Interpol dan pihak berkuasa lain supaya pengatur cara komputer warga Belanda itu ditahan dan dilarang keluar dari Malaysia.

Ia dikeluarkan selepas Frank gagal menyerahkan semula Ferris kepada Elis Syuhaila yang juga ibu kepada Ferris pada 5 Mac lalu.

Difahamkan Ferris mempunyai pasport, mykid dan surat beranak yang didaftarkan di Malaysia.

Pasangan itu dalam proses perceraian selepas mendirikan rumah tangga pada 2001.

Selepas berkahwin di Malaysia mereka menetap di rumah mereka di bandar Maasmechelen, Belgium yang bersempadan dengan Belanda.

Elis Syuhaila yang kembali menetap di negara ini dua tahun lalu turut memperlihatkan rakaman foto ketika kanak-kanak itu masih kecil.

Beliau hanya mengetahui Ferris berada di luar negara selepas rekod Jabatan Imigresen menunjukkan anaknya itu keluar melalui Rantau Panjang, Kelantan pada 5 Mac dan tiada rekod menunjukkan dia masuk semula.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Muhd. Khairun berkata, biro tersebut telah mula mengkoordinasikan langkah-langkah untuk menjejaki Ferris.

"Alhamdulillah pejabat Menteri Luar, Datuk Anifah Aman telah bersetuju untuk membantu biro dan kita akan bekerjasama dengan bahagian konsulat di luar negara untuk merujuk kes ini kepada pejabat kedutaan kita di Belanda.

"Kita juga mendapat kerjasama daripada pihak imigresen untuk mendapatkan rekod keluar masuk yang terkini ayah Ferris, Frank... insya-Allah mereka (pihak imigresen) akan memberi kita makluma tersebut dalam masa terdekat ini," katanya.

Dalam pada itu, Muhd. Khairun berkata, dua perkara yang amat dikhuatiri mengenai Ferris adalah status perjalanannya kerana semua dokumen seperti passport dan mykid kanak-kanak itu berada bersama-sama ibunya.

"Kedua adalah akidahnya sebagai seorang Islam," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang ada terjumpa atau melihat Ferris supaya menghubungi pusat aduan 03-62078706 atau menghubungi ibu mangsa di talian 013-2191205.

Sementara itu, Elis terus merayu Frank agar menyerahkan semula Ferris kepadanya seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah. Dengan linangan air mata, ibu muda ini tidak putus-putus berharap agar dia dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama anaknya.

"Selama enam bulan saya dan tanggung rindu terhadap dia (Ferris). Kalau boleh saya nak jumpa Ferris. Baju Melayu, sampin Ferris dan capal untuk Ferris dah ada.

"Manalah tahu Allah Maha Kaya saya dapat jumpa Ferris bila dekat raya, saya harap sangat dapat jumpa dia.

"Satu hari kalau dia tak jumpa saya dia akan demam. Saya nak tahu sangat keadaan dia macam mana, sihat ke dia, sebab saya tak tahu langsung keadaan dia lepas dia dibawa pergi," katanya sambil menitiskan air mata.

Menurut ibu muda ini lagi, telah mencuba pelbagai cara untuk menghubungi keluarga bekas mentua dan bekas suaminya.

Bagaimanapun usaha tersebut gagal kerana tiada sebarang respons diberikan.

UTUSAN 29 Aug 2009

Utusan Online

29/08/2009

Ibu rindukan Ferris

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Tiada apa yang lebih bermakna buat seorang ibu, Elis Syuhaila Mokhtar, 34, melainkan anak lelakinya, Ferris Mokhtar Van de Ven, 6, yang terpisah dengannya sejak enam bulan lalu, pulang ke pangkuannya menjelang Aidilfitri ini.

Anak kesayangannya itu dipercayai telah ‘dilarikan’ suaminya, Firdaus@Frank Theodorus Van de Ven, seorang warga Belanda, ke Belgium berdasarkan rekod Jabatan Imigresen yang menunjukkan dia meninggalkan Malaysia ke negara berkenaan melalui Rantau Panjang, Kelantan pada 5 Mac lalu.

Bagaimanapun, Elis bingung bagaimana Ferris dapat mengikut bapanya sedangkan dokumen penting seperti pasport, MyKid serta surat beranak masih berada dalam tangannya.

Elis yang bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, hanya mampu menangis dan mengeluh kerana semua usaha menghubungi dan menjejaki Frank dan Ferris buntu sehingga hari ini.

“Selama enam bulan ini hampir setiap hari saya cuba menghubungi Frank dan kedua-dua mertua saya menerusi e-mel dan panggilan telefon, tetapi semua tidak dilayan.

“Saya rindu sangat terhadap Ferris, kalau boleh saya memang nak jumpanya sebelum Hari Raya. Ferris sangat rapat dengan saya, selalunya kalau satu hari tak jumpa saya dia akan demam.

“Jadi saya tak tahu keadaan dia sekarang dan kenapa suami tidak pulangkan Ferris. Saya bimbang kalau Ferris ditimpa kemalangan atau sesuatu terjadi kepadanya,” katanya sebak pada sidang akhbar di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di Solaris Dutamas di sini hari ini.

Pada 5 Mac lalu, Frank gagal menyerahkan Ferris kepada Elis dan tindakannya itu telah melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang memberikan hak penjagaan bergilir-gilir secara mingguan kepada pasangan suami isteri itu sementara sehingga mahkamah memutuskan hak penjagaan kekal kanak-kanak terbabit.

Berikutan itu, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tangkap terhadap Frank supaya dia boleh dihadap ke mahkamah dan Ferris boleh dipulangkan semula kepada Elis.

Sementara itu, Pengerusi Biro, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Kedutaan Belanda di sini, bagi memaklumkan kewujudan perintah mahkamah yang dikenakan ke atas Frank yang merupakan rakyat negara itu.

“Kami bersimpati terhadap nasib malang Elis dan kami telah mula menggerakkan langkah-langkah untuk mengesan Ferris.

“Alhamdulilah, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman juga bersetuju untuk membantu biro dalam kes ini. Kami optimis dapat bawa pulang Ferris pulang ke pangkuan ibunya,” ujar Muhd. Khairun.

The Star 28 Aug 2009

The Star Online

Friday August 28, 2009

Mum pines for son said to be overseas


BERITA Harian front-paged a report about Elis Syuhaila Mokhtar, who has not seen her son Ferris Mokhtar van de Ven, six, for six months after he was allegedly whisked away by her Dutch husband to Belgium in March.

The 34-year-old mother only discovered that her son was overseas when Immigration Department records showed that he left the country through Rantau Panjang, Kelantan, on March 5 and there was no record showing that he had re-entered the country.

Her husband has custody of him.

The mother had bought Ferris a pair of Baju Melayu for Hari Raya, but could only hope that he would be returned to her, the paper said.

Elis Syuhaila, who works as a temporary teacher at Sk Bandar Baru Sungai Buloh, said it was heart-wrenching looking at her son’s other belongings such as his blanket and toys.

Elis Syuhaila has yet to obtain any information from Interpol and Wisma Putra about Ferris and appealed to the Government to help her trace him.

On March 25, Shah Alam Syariah Court issued an arrest warrant against Firdaus @ Frank Theodorus van de Ven, 40, and requested for cooperation from Interpol and other relevant authorities to arrest and stop him from leaving Malaysia.

The warrant was issued after Frank, a computer programmer, failed to surrender Ferris back to Elis Syuhaila on March 5.

The couple, who are in the process of divorce after being married since 2001, lived in Maasmechelen, Belgium, after their wedding and Elis Syuhaila returned to Malaysia two years ago.

The daily also highlighted a report about the great-grandchild of the late Malay warrior Tok Janggut, who fought the British in Kelantan in 1915, asking the Government to give proper recognition to Tok Janggut in conjunction with the 52nd independence day celebrations.

Sulaiman Ismail, 85, questioned why

the Government awarded recognition to freedom fighters like Datuk Bahaman, Mat Kilau and Dol Said, but had ignored Tok Janggut.

Sulaiman also proposed that his great-grandfather’s grave be moved from Pasir Pekan, Tumpat, to Kampung Saring — his village of origin that became the battleground — in order to recognise his struggles.

Kosmo 12 Mac 2009

NEGARA

Kembalikan Ferris - Ibu - Anak dilarikan suami berketurunan Belanda


ELIS SYUHAILA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya ekoran kehilangan Ferris pada pertemuan dengan Kosmo! di Kuala Lumpur semalam.



FERRIS


KUALA LUMPUR - Seorang ibu, Elis Syuhaila Mokhtar, 34, merayu kepada suaminya supaya mengembalikan semula anak lelaki mereka, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, yang didakwa dilarikan ke Pulau Pinang pagi semalam.

Menurut Elis, suaminya yang berketurunan Belanda, Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus, 40, telah mengambil anaknya itu di rumahnya di Kampung Melayu Sungai Buloh pada 3 Mac lalu berdasarkan perintah mahkamah supaya hak penjagaan anaknya itu dilakukan secara bergilir-gilir selang seminggu.

Bagaimanapun, katanya, Firdaus yang sepatutnya menghantar semula anaknya itu pada 10 Mac lalu tidak berbuat demikian sebaliknya dia hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi:

"We are in Penang for a long weekend. I want this time with Ferris. He can go school next week. (Kami berada di Pulau Pinang sepanjang minggu ini. Saya nak habiskan masa bersama Ferris. Dia boleh kembali ke sekolah minggu hadapan.)"

Elis memberitahu, selepas mendapat SMS itu, beliau bimbang dan terus menghubungi suaminya itu tapi gagal walaupun menggunakan ke tiga-tiga talian telefon yang digunakan oleh Firdaus.

Menurutnya, SMS itu merupakan yang terakhir diterima beliau sebelum suaminya gagal dihubungi selepas itu.

Elis dan Firdaus kini dalam proses hendak bercerai.

Mengulas mengenai sikap anaknya sebelum dijemput suaminya pada 3 Mac lalu, Elis berkata, Ferris menangis dan tidak mahu mengikut bapanya seperti selalu.

"Perangai Ferris pelik sangat pada pagi itu. Dia merayu untuk tidak mengikut bapanya tapi lepas saya pujuk akhirnya dia akur dan mengikut bapanya,'' ujar Elis ketika ditemui di pejabat Kosmo! di sini petang semalam.

Sebelum ini, Elis berkata, Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan hak jagaan anaknya itu dikongsi bersama secara bergilir-gilir selang seminggu bersama Firdaus sehingga proses pendengaran hak penjagaan selesai.

"Saya amat bimbang Ferris mungkin dibawa lari ke luar negara dari Pulau Pinang,'' katanya.


Copyright © 2008. KOSMO! Online.

Kosmo Nov 22, 2009


RENCANA UTAMA

Elis rindu tak tertahan


Elis Syuhaila Mokhtar


SEJAK usia 16 tahun, Elis Syuhaila Mokhtar mengenali Frank Theodorus Van de Ven, seorang rakyat Belanda yang lima tahun lebih tua daripadanya. Hubungan mereka yang bermula sebagai sahabat pena berakhir dengan cinta penuh gelora.

Dengan restu daripada kedua-dua belah keluarga, Elis, kini 34, dan Frank, 39, mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 2001. Elis yang pada waktu itu mengajar di Universiti Limkokwing dengan rela hati melepaskan jawatan dan mengikut suaminya berpindah ke Belgium.

Kehidupan mereka bahagia di sana. Frank atau nama Islamnya Firdaus Mokhtar, bertugas sebagai jurutera perisian di sebuah syarikat antarabangsa manakala Elis menjadi suri rumah sepenuh masa.

Walaupun sibuk, Frank tidak lupa tanggungjawabnya kepada Elis malah isterinya dilimpahi kemewahan sementelah kerjayanya itu mampu menjana pendapatan jutaan ringgit.

Namun, kehidupan mereka mula berubah selepas kelahiran Ferris Mokhtar Van de Ven pada tahun 2004. Kehadirannya tidak disenangi ibu mertua Elis yang didakwa tidak mempercayai institusi kekeluargaan.

"Bagi mereka, anak itu hanya satu beban. Tetapi saya tetap mahukan anak itu dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Frank kurang peduli, jadi saya seorang saja yang menjaga Ferris.

"Saya tidak melayan Ferris sebagai anak, sebaliknya sebagai seorang sahabat. Seharian dengannya, banyak perkara yang kami lakukan bersama.

"Untuk tidak melupakan terus asal-usulnya, saya mengajar Ferris berbahasa Inggeris dan Belanda. Saya juga ajar dia ucap salam dan beberapa doa ringkas.

"Apabila Ferris berumur dua tahun, dia sudah petah bertutur dalam bahasa Belanda dan Inggeris. Memandangkan hanya dia seorang anak saya, dia sangat manja dan pandai menghiburkan. Mertua mula tertarik kepadanya dan itu jugalah permulaan pada masalah yang saya hadapi sekarang," ujar Elis ketika ditemui Jurnal.

Ibu mertua

Menurut bekas pensyarah Falsafah Seni ini, ibu mertuanya mengaku menyayangi Ferris namun tidak suka cucunya itu mengungkapkan kalimah-kalimah suci.

"Ibu mertua pernah beritahu, dia cemburukan kemesraan saya dan Ferris. Sering berdepan tekanan akibat ketagihan arak, katanya hanya Ferris seorang yang dapat memberinya ketenangan.

"Saya tidak menyekat kalau ibu dan bapa mertua menyayangi Ferris, malah saya gembira kerana mereka sudah boleh menerima anak saya.

"Tetapi apa yang saya terkilan, mereka mahu Ferris tidak diracuni dengan ajaran Islam sehinggakan anak saya sering dijamu dengan hidangan daging babi dan makanan yang bercampur arak jika kami berkunjung ke rumahnya.

"Apabila saya menegaskan Ferris adalah Muslim dan dia tidak boleh makan itu dan ini, mereka mula menekan saya. Malah ibu mertua sanggup mencederakan dirinya sendiri semata-mata mahukan Ferris sentiasa ada bersamanya dan menjalani kehidupan tanpa akidah sepertinya.

"Sejak itu saya sering bergaduh dengan suami kerana dia memihak kepada keluarganya. Saya tiada pilihan lain. Saya mahu berjumpa dengan kakak di Manila, Frank akur dan membelikan tiket untuk kami berdua," katanya.

Semasa Elis berada di Manila pada November 2007, tanpa pengetahuannya Frank telah memfailkan cerai dan hak penjagaan Ferris di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Dia juga telah membuat laporan Elis melarikan anak mereka ke Manila.


SI COMEL ini dipercayai sedang berada di Belanda.


"Saya di Manila tak tahu apa-apa. Ada saya terima beberapa panggilan daripada peguam Frank yang mengatakan semua permohonan suami di mahkamah diluluskan dan saya perlu menyerahkan Ferris ke bawah jagaannya.

Keluar waktu malam

"Masa itu hanya Allah yang tahu macam mana takutnya hati saya. Sebelum itu saya pernah diugut macam-macam, termasuklah ugutan bunuh dan tidak berpeluang bertemu dengan Ferris lagi.

"Tidak pernah terbayang Frank akan jadi sekejam itu. Jadi, apabila saya diarah menyerahkan Ferris kepada Frank pada Mac 2008, saya nekad meninggalkan rumah bersama Ferris," jelas Elis.

Ragu-ragu dengan keselamatannya, Elis membawa anaknya tinggal di rumah saudara di Sungai Buloh, Selangor. Lebih kurang setahun mereka tinggal di situ tanpa sebarang gangguan daripada Frank.

"Saya sangat takut kalau Frank datang dan ambil Ferris daripada saya. Kami langsung tak keluar rumah pada waktu siang. Kalau hendak beli barang atau bawa Ferris berjalan, saya akan bawanya ke Seremban atau Melaka.

"Dalam masa setahun itu, macam-macam yang Frank buat. Dia sangat marah apabila saya bawa Ferris pergi. Dia ugut untuk bunuh keluarga saya dan buat saya kecewa. Dia juga sebarkan notis ke merata tempat mengatakan saya seorang ibu yang gila dan macam-macam lagi.

"Selepas setahun tinggal seperti pelarian, saya terbuka hati untuk bertemu dengan Frank bagi menyelesaikan masalah kami. Jauh di sudut hati, saya masih menyayanginya dan saya juga tahu Ferris perlukan seorang ayah," tutur Elis.

Tanpa diduga, dia diserang semasa mahu berjumpa Frank di sebuah hotel. Apa yang lebih mengecewakan Elis, suaminya sendiri yang menyembur matanya dengan serbuk lada. Mujur pada ketika itu anak saya sempat diselamatkan oleh anak-anak saudara saya.

Akidah

"Selepas itu kami masing-masing buat report tetapi kes digugurkan. Tidak lama selepas itu kami mendapat perintah mahkamah untuk menjaga Ferris secara bergilir.

"Frank menghantar Ferris pulang apabila tiba giliran saya namun ia hanya untuk beberapa kali. Pada minggu kelima, sekitar Mac 2009, Frank menjemput Ferris dan itu merupakan kali terakhir saya bertemu dengan anak saya.

"Frank mula tidak menjawab panggilan daripada saya dan apabila giliran Ferris bersama saya, Frank tidak menghantarnya. Suami bawa anak saya pergi. E-mel, panggilan dan pesanan langsung tidak dibalas. Saya betul-betul tertekan dengan keadaan itu.

"Saya cuba berdamai dengan Frank tapi tidak berhasil. Sampai sekarang saya tidak tahu di mana suami dan anak saya. Saya ada terima e-mel daripada mertua tetapi selepas beberapa bulan baru saya mendapat berita daripada Frank," cerita Elis.

Kerinduannya kepada Ferris tidak pernah terubat. Setiap malam, tidur Elis bertemankan baju terakhir yang dipakai anaknya. Rayuan demi rayuan untuk bertemu anaknya tidak pernah dilayan oleh Frank. Sebaliknya Frank memberitahu Ferris kini bahagia tinggal bersamanya dan tidak mahu lagi pulang ke Malaysia untuk bertemu ibunya.

Selepas apa yang terjadi dan terpisah dengan si anak selama sembilan bulan, Elis tidak patah semangat.

"Walaupun hidup saya tak semewah dulu dan hanya menjual kuih koci untuk menyara hidup, saya takkan berhenti berusaha untuk dapatkan Ferris dan menyelamatkan akidahnya. Saya tahu dia sangat rindukan saya dan mahu kembali ke sini," rintih Elis.

Copyright © 2008. KOSMO! Online.

Saturday, November 14, 2009

FERRIS IS MISSING...

Ferris is still missing...



I've been in the newspapers for the past 8 months...I have one thick file of them, including the police reports. For 2 years, I've been struggling for my son's custody, Alhamdulillah... finally, yesterday, I have been granted, by the Syariah High Court, Ferris' full custody.
But Ferris wasn’t there. All I got was just a piece of paper which I hope will be the authorization to get Ferris back to me.

He just 5 years old and he is Malaysian born. He had been taken away by his Dutch father since March 03, 2009. I haven’t seen Ferris ever since, until today. No news, NOTHING! I don’t know where he is and how he is.
I AM MISSING HIM for every fraction of a second. I’m desperately in need of Help to bring Ferris Mokhtar back to Malaysia, and to me.

“We have police, immigration, Wisma Putra and Interpol to protect Ferris, so that he is not to be taken away by his father if he does intend to take Ferris away from Malaysia..” - that was what Judge had promised me on Feb 03, 2009- the day I had to let Frank take Ferris for a week.

I have obeyed the Malaysian Law. I trust my country for my son's life.
Now, Ferris is gone. No one cares about it. And I want to claim the promises. Please help me!

I created the BRING BACK FERRIS TO MALAYSIA group on facebook to get full support from friends, Malaysian citizens and everyone all over the world. Please check it out!

The group has 370 members since 3 days that it has been created. This group is to obtain the support from everybody all over the world, to urge the full help of Malaysian Government to bring back Ferris Mokhtar to Malaysia.

I believe only Malaysian Government could make the miracle happen.

I can move on and get more children as many as I want, but Ferris has only one mother, and his mother is me. He deserves to get my love. If I don’t get him, who will?

My biggest concern is about Ferris' aqidah. Peoples said, that one day he will find me back..
I don't want to wait for 20 years to get him back..I cant even wait for a tick of time to have him back in my arms! How about if Frank had treated him bad? And he came back to me and ask: "..ummie, why didn't u find me? U have promised me!"
How can me as a mother to see my son is no longer Muslim?

I dont want to be like Arwah Seha, her child came too late, and Natrah...and i am not as rich as Raja Baharin.

Please help me..

I am longing to hug and kiss my son is getting extremely distressed..as a mother I believe Ferris feels the same way as I do..

Ferris is my heart, my soul, my everything..
Take a look at him..how sweet he is..






And tell me how do I live without him..

I AM NOT GREEDY!
Ferris deserves to have both love from me and his papa..

Please help me to get my baby back!



Ummie Ferris