For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven

For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven;
..for all my love, my heart and soul..all belong to you! This is how ummie love you - higher than a mountain, wider than an ocean ~

Sunday, November 22, 2009

Kosmo 12 Mac 2009

NEGARA

Kembalikan Ferris - Ibu - Anak dilarikan suami berketurunan Belanda


ELIS SYUHAILA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya ekoran kehilangan Ferris pada pertemuan dengan Kosmo! di Kuala Lumpur semalam.



FERRIS


KUALA LUMPUR - Seorang ibu, Elis Syuhaila Mokhtar, 34, merayu kepada suaminya supaya mengembalikan semula anak lelaki mereka, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, yang didakwa dilarikan ke Pulau Pinang pagi semalam.

Menurut Elis, suaminya yang berketurunan Belanda, Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus, 40, telah mengambil anaknya itu di rumahnya di Kampung Melayu Sungai Buloh pada 3 Mac lalu berdasarkan perintah mahkamah supaya hak penjagaan anaknya itu dilakukan secara bergilir-gilir selang seminggu.

Bagaimanapun, katanya, Firdaus yang sepatutnya menghantar semula anaknya itu pada 10 Mac lalu tidak berbuat demikian sebaliknya dia hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi:

"We are in Penang for a long weekend. I want this time with Ferris. He can go school next week. (Kami berada di Pulau Pinang sepanjang minggu ini. Saya nak habiskan masa bersama Ferris. Dia boleh kembali ke sekolah minggu hadapan.)"

Elis memberitahu, selepas mendapat SMS itu, beliau bimbang dan terus menghubungi suaminya itu tapi gagal walaupun menggunakan ke tiga-tiga talian telefon yang digunakan oleh Firdaus.

Menurutnya, SMS itu merupakan yang terakhir diterima beliau sebelum suaminya gagal dihubungi selepas itu.

Elis dan Firdaus kini dalam proses hendak bercerai.

Mengulas mengenai sikap anaknya sebelum dijemput suaminya pada 3 Mac lalu, Elis berkata, Ferris menangis dan tidak mahu mengikut bapanya seperti selalu.

"Perangai Ferris pelik sangat pada pagi itu. Dia merayu untuk tidak mengikut bapanya tapi lepas saya pujuk akhirnya dia akur dan mengikut bapanya,'' ujar Elis ketika ditemui di pejabat Kosmo! di sini petang semalam.

Sebelum ini, Elis berkata, Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan hak jagaan anaknya itu dikongsi bersama secara bergilir-gilir selang seminggu bersama Firdaus sehingga proses pendengaran hak penjagaan selesai.

"Saya amat bimbang Ferris mungkin dibawa lari ke luar negara dari Pulau Pinang,'' katanya.


Copyright © 2008. KOSMO! Online.

1 comment:

  1. oohh..jadi kak..vdeo yg ferris menangis tu, hr yg terakhir lah akk dgn ferris ye?

    mmg nampak ferris tak nak ikut..

    ReplyDelete

Please say something..