For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven

For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven;
..for all my love, my heart and soul..all belong to you! This is how ummie love you - higher than a mountain, wider than an ocean ~

Sunday, November 22, 2009

UTUSAN 29 Aug 2009

Utusan Online

29/08/2009

Ibu rindukan Ferris

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Tiada apa yang lebih bermakna buat seorang ibu, Elis Syuhaila Mokhtar, 34, melainkan anak lelakinya, Ferris Mokhtar Van de Ven, 6, yang terpisah dengannya sejak enam bulan lalu, pulang ke pangkuannya menjelang Aidilfitri ini.

Anak kesayangannya itu dipercayai telah ‘dilarikan’ suaminya, Firdaus@Frank Theodorus Van de Ven, seorang warga Belanda, ke Belgium berdasarkan rekod Jabatan Imigresen yang menunjukkan dia meninggalkan Malaysia ke negara berkenaan melalui Rantau Panjang, Kelantan pada 5 Mac lalu.

Bagaimanapun, Elis bingung bagaimana Ferris dapat mengikut bapanya sedangkan dokumen penting seperti pasport, MyKid serta surat beranak masih berada dalam tangannya.

Elis yang bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, hanya mampu menangis dan mengeluh kerana semua usaha menghubungi dan menjejaki Frank dan Ferris buntu sehingga hari ini.

“Selama enam bulan ini hampir setiap hari saya cuba menghubungi Frank dan kedua-dua mertua saya menerusi e-mel dan panggilan telefon, tetapi semua tidak dilayan.

“Saya rindu sangat terhadap Ferris, kalau boleh saya memang nak jumpanya sebelum Hari Raya. Ferris sangat rapat dengan saya, selalunya kalau satu hari tak jumpa saya dia akan demam.

“Jadi saya tak tahu keadaan dia sekarang dan kenapa suami tidak pulangkan Ferris. Saya bimbang kalau Ferris ditimpa kemalangan atau sesuatu terjadi kepadanya,” katanya sebak pada sidang akhbar di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di Solaris Dutamas di sini hari ini.

Pada 5 Mac lalu, Frank gagal menyerahkan Ferris kepada Elis dan tindakannya itu telah melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang memberikan hak penjagaan bergilir-gilir secara mingguan kepada pasangan suami isteri itu sementara sehingga mahkamah memutuskan hak penjagaan kekal kanak-kanak terbabit.

Berikutan itu, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tangkap terhadap Frank supaya dia boleh dihadap ke mahkamah dan Ferris boleh dipulangkan semula kepada Elis.

Sementara itu, Pengerusi Biro, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Kedutaan Belanda di sini, bagi memaklumkan kewujudan perintah mahkamah yang dikenakan ke atas Frank yang merupakan rakyat negara itu.

“Kami bersimpati terhadap nasib malang Elis dan kami telah mula menggerakkan langkah-langkah untuk mengesan Ferris.

“Alhamdulilah, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman juga bersetuju untuk membantu biro dalam kes ini. Kami optimis dapat bawa pulang Ferris pulang ke pangkuan ibunya,” ujar Muhd. Khairun.

No comments:

Post a Comment

Please say something..