For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven

For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven;
..for all my love, my heart and soul..all belong to you! This is how ummie love you - higher than a mountain, wider than an ocean ~

Tuesday, January 19, 2010

Jan 19, 2010 - Sinar Harian

Elis Syuhaila diarah fail hujahan 8 Februari

SHAH ALAM - Bekas pensyarah, Elis Syuhaila Mokhtar yang memohon supaya suaminya, warga Belanda dikenakan prosiding menghina mahkamah kerana gagal mematuhi perintah untuk menyerahkan anak mereka diarahkan untuk memfailkan hujahan bertulis.

Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abu Zaky Mohammad menetapkan 8 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula untuk memberi masa kepada Elis Syuhaila yang diwakili peguam syarie Salwa Fadzil berbuat demikian.

Elis Syuhaila, 34, hadir di mahkamah semalam bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh yang memberi jaminan membantu Elis Syuhaila mendapatkan anak itu yang dilarikan Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus ke Belgium.

Muhd Khairun berkata, usaha mengembalikan Ferris Mokhtar Van De Ven akan diteruskan meskipun Frank, 40, yang dihubungi sebanyak dua kali bukan sahaja tidak bekerjasama, tetapi turut memaklumkan tidak mengiktiraf undang-undang syariah serta mempersendakan keputusan mahkamah syariah.

“Agak sedih kerana dia datang dari negara yang memperjuangkan hak asasi tetapi menidakkan hak asasi Ferris kepada ibunya. Jika dia masih tidak mengiktiraf keputusan mahkamah berhubung prosiding komital, besar kemungkinan kita akan melantik peguam di Belgium.

“Mereka tidak mengetahui undang-undang syariah tetapi sekurang-kurangnya mereka tahu tentangnya. Fakta yang mereka tidak boleh nafikan Ferris ialah hasil daripada Undang-undang Syariah Selangor,” katanya.

Elis Syuhaila memfailkan permohonan komital selepas mendakwa Frank gagal memulangkan Ferris, 6, pada 25 Mac 2009 seperti perintah yang dikeluarkan awal Februari lalu supaya hak jagaan dikongsi bersama selang seminggu sehingga kes diputuskan.

Pemeriksaan mendapati Frank melarikan Ferris menerusi sempadan Rantau Panjang, Kelantan pada 5 Mac 2009.

Sehubungan itu, Elis Syuhaila memfailkan permohonan itu untuk menghantar Frank ke penjara kerana perbuatannya didakwa menghina mahkamah mengikut Enakmen Tatacara Mal Mahkmah Syariah Selangor 2003.

No comments:

Post a Comment

Please say something..