For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven

For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven;
..for all my love, my heart and soul..all belong to you! This is how ummie love you - higher than a mountain, wider than an ocean ~

Thursday, January 28, 2010

MY NOVEL - intro Part 1

Sayang
Lama sudah kunanti kehadiranmu
Sudah lama kucari di setiap pelusuk alam ini
Ke gunung-gunung
Ke lembah-lembah
Ke rimba-rimba
Kau tidak dapat aku jumpa
Telah aku selam lautan dalam
Telah kusentuhi dasar bumi
Kau masih tidak kutemui

Di manakah kau sayang?
Dekatkah kau padaku?
Jauhkah kau dariku?
Hampirkah kau denganku?
Jarakkah kau dari sisiku?
Atau..
Dikaukah yang menyorok di belakang tirai hatiku?
Dikaukah yang sembunyi di dalam kotak jiwaku?
Terkunci mati dalam kamar jasadku?
Puas sudahku kupujuk-pujuk dirimu
Puas sudah kurayu-rayu cintamu
Puas sudah kupuja-puja semangatmu
Masih kau tidak tiba lagi!

Tak penatkah kau duduk berselindung di situ?
Tak mahukah kau keluar dari tempat persembunyianmu itu?
Tidakkah kau mahu melihat indahnya mentari
menyinsingkan sinarnya di subuh hari?
Tidakkah kau mahu menikmati kedinginan malam
nan diterangi bulan penuh?
Tidakkah kau mahu mengira jutaan bintang nun di langit tinggi?
Infiniti!

Tak sudikah kau?

Sayangku..
Sudah lama kuhitung hari demi hari
Jari ini sudah penat mengira.
Sudah lama aku bilang tarikh demi tarikh itu
Bulan demi bulan
Tahun demi tahun
Kau mash tak kunjung tiba
Tak kasihkah lagi kau pada aku?
Tak sayangkah lagi kau pada jiwaku?
Tak simpatikah lagi kau pada cintaku?
Tak sudikah kau bermain-main lagi di laman hatiku nan kegersangan ini
Yang amat merinduimu pada setiap detik dan saat ini?
Pada setiap denyutan jantung ini
Pada setiap aliran darah yang mengalir ini..
Tak mahukah kau berjinak-jinak lagi di perkarangan jiwaku
Yang amat berahikan kehadiranmu
Yang mabuk hangat asmaramu..

Telah aku hias tempatmu bersemayam di singgahsana santapan jiwaku nan luhur
Kupacakkan panji-panji kebesaran alam sambut ketibaanmu
Untuk kau bertandang
Kau bertamu sesuka hati
Sepuasnya!

Telah aku pesan para bidadari-bidadari
Liang-liuk pinggul mengatur langkah
Lemah-gemalai tarian persona sang puteri menjeling manja
Tersenyum simpul melirik mata memanah rasa
Jadi hiburan kala sepimu..

Telah aku janji iringan gendang paluan asmara sang-sang teruna
Gema seluruh alam berkumandang seluruh jiwa
Bangkit raikan temasya agung para gahara
Jadi penglipur kala sunyimu..

Telah aku tempah hembusan nafas angin-angin dingin
Dari pelusuk gunung-gunung
Berseling sayup-sayup gemersikkan tiupan kasi bulu perindu sang pecinta
Mendayu-dayu merdunya
Berdersik ke sanubari nyamannya jadi penenang jiwamu
Berselimutkan kain sutra halus nan terpilih
Untukmu beradu lena hingga ke pagi..

Tidak cukupkah lagi?
Tidak cukupkah?
Namun kau masih tak tiba..

Manakah ilhamku?

Siapakah yang lagi layak menjiwai rindu itu tat kala ia singgah menyapa bersama tiupan bayu subuh nan sepoi-sepoi bahasa lembutnya, dinginnya hingga menusuk ke tulang sum-sum nyamannya, halus belaiannya membaluti tubuhku nan kaku kesayuan lantas ianya datang bertandang menatang berdulang-dulang hantaran cinta akan hangatan jiwa kudusnya, menggalas bertempayan-tempayan mata air dari pelusuk rimba dara di bahu kasih untuk penghilang dahaga rindu dendamnya yang telah menjadi tuak memabukkan aku akan asmaranya pada sang kekasih nan tulus pembuktian cinta, nan telus pemberian jiwanya.. pecinta setia..
Atau..
Hanya aku yang dilamun cinta?
...tat kala

Hadir dirinya..



September 13, 2007
23:40
Belgium

2 comments:

  1. bonjour teacher.sye ingin ucapkan tahniah ats kejayaan teacher kerana berjaya menulis sebuah novel khas tentang anak teacher yg tersayang.bak kata lain,cayalah teacher kerana teacher ajar "BI" tapi leh tulis ayat2 pujangga n sastera cam nie.sye memang respek.nnti jgn lupe ajr sye penulisan tau.gerenti sye dapat 90 ke ats.he3.oh ya.bile teacher nk terbit?nk dekat siap dh kan?kalau teacher terbitkan syelah org pertama yg akn beli buku teacher!apapun,all the best for this year.may Allah blessing u .assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. bonjour fathinah...i knew u will leave your comment here! Thanx dear, u really my NO.1 BIGGEST supporter! well, dnt get me wrong, this novel isnt about my son...this is just a fiction! and i am not sure u can understand when u read this...yeah sure, i will teach u how to write..anytime! pleasure is mine!
    dont forget to study smart! 5As! take care..wsalam.
    :)

    ReplyDelete

Please say something..