For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven

For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven;
..for all my love, my heart and soul..all belong to you! This is how ummie love you - higher than a mountain, wider than an ocean ~

Monday, January 31, 2011

Funny Stories about reading 'Kubawa Hati Ini' (updated)



P.S THIS ENTRY WILL BE UPDATED TIME TO TIME

Sempena dapat tahu dari seorang reporter dari Berita Harian, Fieza Ahmad..she is also a friend, told that:
Kubawa Hati Ini' is one of the best selling at MPH - she coincidently did the sastera page last wk. Check paper berita harian last thursday column buku sastera!


So, i decided to put this in my blog...

Here just part of funny stories about reading my novel!
I asked them with a simple question: "Dah baca dah?"

Kakak sulungku Puan Nini Mokhtar kata: Akak baca beberapa helai akak dah tak tahan..akak bantai nangis!
~ la? ade ke?? hahahah

Kakak keduaku Puan Lili Mokhtar kata: wehhhh..cepatlahhh postkan kat aku kat sini!!! Aku nak baca...Lisa n Fariss pun nak baca..mcam pandai!
~ hmm semangat tu..belum baca lagi..nanti dah dapat buku tu...dah selak2...tengok mcmana plak dia kata! tungguuu..
2/2/11 Lili Mokhtar kata: Dood, aku sebenarnyer tak sure nak baca ker tak, cuma aku nak jer buku tuh... tak baca pun, tengok buku pun dah berderai2 air mata nih... aku akan baca bila ada another book with a happy ending... then will read both...InsyaAllah... aku selalu doakannyer...

Adikku Shazitul Adha kata: scene 1 -...ntah sedih la jugak. Nangis masa 'suamiku' campak laptop tu..
scene 2 bila pergi cari novel kat karnival karangkraf tu, katanya: ..ntah malas nak beli buku2 orang lain banyak sangat dialog..ntah hapa-hapa ntah!
~ mmmm..banyak sangat 'ntah' nye...

Nazirul Afiq, wartawan, kata: Scene 1 masa dalam proses penerbitan: ...penggunaan ayat macam boleh buat lirik lagu!!
Scene 2 dah dibukukan: eeeeiii..geramnyaaa!!!! kenapalah bangang sangat korang ni??? ('aku' dan 'suamiku') ..geram betul! Dah malas nak baca...membara betul!
~ ade ke mcm tu? Emosi sungguh! Cehh!
25/1/11 Nazirul said: "Sakit hati, sedih, geram, benci, sayu, membentak i urut sehelai demi sehelai novel u..eee.."

My BFF Roszita Amoy, kata: Scene 1- adoiii...migraine i baca! Tak tido...tak sabar nak baca ending! Rasa mcm nak kasi penampar kat 'aku' so naive! Tapi, watak 'kakakku' is good...she balanced the story! I HATE 'lelaki itu' kacau je...
~ WHAT migraine?? adoiiii....why u hate 'lelaki itu'...do u know who is 'lelaki itu'??? ..read it again! So, now she is reading it again for the second time! Hahahaha
Scene 2 Amoy kata: I'm reading for the second time..now i cry a lot!
~ hahahahah...leks-leks amoy!!
3/2/11 - Roszita Amoy Ariffin said: ya la...i know wat u mean k. Lili, sbb amoy baca pun boleh migraine. It took me to that place, that othr place which a wife dont wanna go. However fictive it seems but the feeling is true...

My BFF Maizatul Aziah: hehehe..baru sket..anak aku si twins tu dah sorok kan! Mana buku mummy?? ...buku kawan mummy yg dalam facebook tu ke? ..
~ cehhhhhhhhhhhhhhhhhhh... grrrr.. ade ke??

My BFF kulin: doood....selalunya kalau aku baca novel aku suka bayangkan org lain..tapi bila baca buku ko ni..aku asik bayangkan ko dengan frank je...
~ woit.........................epppp! JANGAN!

My BFF Linda di Dubai: Di..aku nak beli 10!! nanti kulin dgn siti dtg bawak satu je..lain tu ko simpan kat umah ko!
~ wehh...linda ko nak buat apa 10 bijik buku aku???

My BFF Siti Zulaikha kata: Aku busy...kakak aku tgh baca!
~ huh! sungguh hampeh!! ...ni la kawan katanya! Hampeh macamana pun...aku paling sayang Siti...
P.S Tie jgn marah tie.................................aku mintak maap sebab cakap ko hampeh! aku tak niat apa2 pun...sebab aku tahu, walau macamana pun kau TETAP support aku! Kan Ferris selalu mengomel kata; "Mak Itam is small but, mak itam's car so big!" ..ko selalu bawak aku n Ferris jalan2 dgn Kembara kan!!! SORRY, tie....kau lah sabahat aku dunia akhirat...aku sayang ko sampai mati!

Ada penulis jumpa semalam kat Karnival tu, en. Munir Ramli penulis buku 'Rindu Eropah Tawan Damaskus' kata: ..dah baca separuh. Awak ni tiru ayat2 sapa? ke editor tolong?
~ ..aduhhhsss ayat sendiri lahhh en.Munir!!!! ...441 muka surat..nak tiru sapa wehh???
Katanya lagi, ayat2 elis gunakan cantik dan tinggi sasteranya!
~ fulamekkkkk.....eh eh eh kembang!!!

Adik sayang yg sama2 tido satu bilik kat Jati, Marina Moniz kata: org baru baca sampai page 300. hehe ..teringat kak dood cite frank nyanyi lagu marina, marina, marina ... iskk. bile part ferris teringat dok visit kak dood, frank & ferris dok kat putrajaya dulu. buku ni byk monolog so kena concentrate. 1st time baca novel melayu balik since sekolah rendah :)

Baby sitter Ferris Manchester-KL, Bad kata: den tgh migrain ni...bahasa sasteramu kakdood!!!!!!!
~ hahahahha....chill bad...baru ko tawww!!!

Ada reporter dari Berita Harian bahagian Wanita baca, Affizar, kata: jahatlah 'aku' ni..sbb tu kena tinggalkan suami dia!
~ jap...hmm..bukan ke buku tu 'aku' yg ambil keputusan untuk pergi?
4/2/11 - she wrote a very nice article about me in berita harian today, bahagian Ratu, 3 pages! THANK YOU, Affizar!

Inilah di antaranya...aduhh!!! Macam2....suka dengar semua komen2 ni...especially yang negative one...sungguh memberangsangkan!! Bertambah2 rasa tercabar!! best best!!! ..yg komen positive ok jugak..memang OK!

BACA lah ye...semoga anda semua dapat baca apa yg tersurat dan yg tersirat!
Banyak rahsia dalam penulisan tu...harap2 para pembaca dapat mengungkaikan apakah rahsianya! ..bacalah dengan hati!
Hanya jauhari menggenal manikam! ~cheers~

~sesungguhnya dunia ini penuh dengan rahsia yg tersimpan, maka ungkaikanlah ia satu persatu...dengan akal dan ilmu~

Thursday, January 27, 2011

Ulasan spontan dari saya tentang 'Kubawa Hati Ini'




Boleh saya katakan bahawa saya memang peminat para Sasterawan Negara kita. Saya banyak membaca buku-buku novel mereka sedari kecil. Ini adalah kerana lagi bapa saya dulu seorang guru, beliau sangat gemar membaca dan mengumpul buku-buku novel seperti penulisan Hamka. Banyak buku-buku hasil karya Hamka saya sudah baca semasa saya kecil lagi.

Contohnya saya baca buku Hamka ‘Di Bawah Lindungan Ka’abah’ semasa umur saya 9 tahun lagi. Dan beberapa buah lagi buku termasyhur belian seperti – Merantau Ke Deli, Terbenamnya Kapal van der wijk dan lain-lain lagi.

Manakala novel ‘Lepaskan Aku Kembali Ke Laut’ Jilid I dan II karya Shaari Isa telah saya baca sewaktu berumur 14 tahun. Novel ‘Hartini’ tulisan aziz afkar, telah saya baca lebih dari 5 kali!

Akhirnya kini, seakan tidak percaya saya pula menghasilkan sebuah penulisan! Pastinya dalam penulisan saya ini, saya banyak terpengaruh dengan mereka; di mana pengaruh plot yang mendatar dan banyak kekeliruan semasa membacanya saya dapat dari Arena Wati, terutama dalam bukunya Sakura Mengorak Kelopak dan Kuntum Tulip Biru, yang mana saya mula membaca buku beliau semasa saya berumur 12 tahun. Kegilaan penggunaan bahasa kasar secara menyumpah seranah dengan daya imaginasi melampau adalah pengaruh dari Shanon Ahmad.

Manakala cara saya mengolah secara diskriptif yang detail adalah dari penulis pujaan saya, S. Othman Kelantan. Buku pertama allahyarham yg saya baca ialah ‘Ustaz’ (1991). Novel inilah yang telah memberi sumber inspirasi kepada saya dan mula berjinak-jinak untuk melahirkan hasil penulisan saya sendiri.

Cara helah pengunaan maksud perkataan dan memanupulasi kefahaman para pembaca pula saya banyak terpengaruh dengan S.Samad Said, yang mana boleh dikatakan pada setiap penulisan beliau penuh dengan yang tersurat dan tersiratnya!

Sekiranya diberi peluang, saya berkeinginan sekali para-para sasterawan ini sudi membaca novel saya ini. Kerana merekalah saya menjadi sebegini taksub dalam memanupulasikan rentetan hidup sebenar saya yg saya olah dan jadikan suatu penulisan keratif! Al-Fatihah utk S Othman Kelantan yang telah pulang ke Rahmahtullah!

Insyallah, dengan penambahan sedikit ilmiah, saya percaya rakyat Malaysia boleh membaca novel saya. Sekiranya tidak, maka mereka hanya membaca apa yang tersurat, manakala apa yang tersirat masih tersimpan dan menjadi rahsia!

Oleh kerana ada yang bertanya, dan saya percaya ada ramai pembaca mahu membaca kisah Ferris. Kini saya sedang menulis buku kedua saya iaitu pasal Ferris. Di dalam penulisan ini saya akan menceritakan bagaimana penderitaan saya kehilangannya dan bagaimana saya bangkit meneruskan hidup ini dengan tanpa putus asa memperjuangkan untuk mendapatkan anak saya kembali, Insyallah saya cuba untuk menyiapkan secepat yg mungkin. Mungkin ia akan menjadi inspirasi pada semua para ibu. Insyallah.

Ferris, inilah kasih sayang ummie pada Ferris...ummie takkan berputus asa!
If Ferris said how much Ferris loves ummie: HIGH LIKE A MOUNTAIN, WIDE LIKE AN OCEAN..
And this is how ummie loves Ferris: HIGHER THAN A MOUNTAIN, WIDER THAN AN OCEAN!

missing u baby...
i keep on missing u until u are here with me..

ummie Ferris

Wednesday, January 26, 2011

Renungkanlah: Hak Seorang IBU





Renungkanlah : Ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar dari seorang ayah. Mengapa?

Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”

Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]

Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah:

Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]
Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…”
Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: “…dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]

Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu ‘anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.

Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.”

Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?”

Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).”

4. Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.

Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami.

Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.

Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:

“(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.” Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).

Dan berkatalah dia kepada kakak Musa:

“Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.

Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun):

“Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu). [Maksud surah al-Qasas 28:7-13]

5. Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan, seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.

Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah.

Sinar Harian 24 Januari 2011



..harap maklum...novel 'Kubawa Hati Ini' tu luahan hati untuk bekas suami..buku pasal Ferris sedang dalam pembikinan...nak tulis dua tiga ayat airmata dah meleleh...sabar ye.. thx

New Sunday Times 23 Januari 2011

Metro Ahad 23 Januari 2011

Selamat Pagi Malaysia 27 Jan 2011 08:20am


Saksikan Elis Mokhtar (penulis novel kisah benar KUBAWA HATI INI), bersiaran secara langsung di TV1, dalam:

Program: Selamat Pagi Malaysia (Slot Resensi)
Tarikh: 27 Januari 2011 (Khamis)
Masa: 8.20 pagi

Monday, January 24, 2011

Online Interview di TVSelangor 20Jan2011





Terima kasih kepada DJ Mansur yang menjadi hos rancangan 'Apa Khabar Selangor'.. he is so funny and spontaneous...he made me really nervous for the 1st time after many TV interviews i have attended! hahahaha..
Terima kasih TVSelangor dan Alaf21..

Pada Hari Pelancaran 22hb Jan 11 di Mph Midvalley

ALHAMDULILLAH!







Ribuan terima kasih kepada semua para wartawan yang hadir Harian Metro (Isma), NST, Berita Harian (bah Wanita - Afizar), Kosmo! (Mazlina), Sinar Harian.
Para TV stations Dangsuria dari Astro Awani, Wanita Hari Ini TV3
Madam Judith dari Kedutaan Belgium (hadir personal reason)
Frisya dan kawan.
Aya dari Majalah Kawan Utusan Karya,
HAfez dan Nazirul dari Utusan Karya, terima kasih kerana kalianlah manuscript ni sampai ke tangan Alaf21!
Kawan-kawanku Amoy, Kulin, Has, Siti, Mai, Fuad dan isteri & baby zayyan, Delly and Lyn and baby, Pedli & Sepol as photographer..
DAN penyokong-penyokong dari BRING BACK FERRIS TO MALAYSIA
dan semua yang hadir!

TERUTAMA
ahli keluarga tersayangggg..yg sentiasa memberikan sokongan yang menjadi tulang belakang kekuatanku...

DAN

kepada Alaf21 yang sudi menerbitkan penulisan ini!
kak Saadiah (managing editor)
en.RJ (marketing exec)
especially...........my sweet editor, Awin!!! THX , awin!!

amin amin amin

JEMPUT DATANG! 29/30HB Jan, 2-3 ptg, Alaf21 Shah Alam




Jemput datang ya ke Karnival Buku Alaf21 di Shah Alam pada 29 dan 30 January 2011, I will be there at 2-5 petang!!!
...support me!! ...for Ferris!!!! :)

Wednesday, January 19, 2011

..about 23 months ago..



THIS I S THE TRUTH...Have a look at this...this was how my baby crying on the day I have to share the temporary custody with Frank van de Ven (Dutch). Finally Frank have taken him away from me since March 03, 2009. Since that I havent seen my son until now. This is about humanity - taking away a child from his mother..help me to find where my son is...
Join BRING BACK FERRIS TO MALAYSIA facebook group to support me!!

Tuesday, January 18, 2011

Pelancaran & Sidang Media novel ‘Kubawa Hati Ini’ karya Elis Mokhtar




Pelancaran & Sidang Media novel ‘Kubawa Hati Ini’ (karya Elis Mokhtar)

Tarikh : 22 Januari 2011

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Pullitzer Corner, MPH Bookstores, Midvalley Kuala Lumpur

Sinopsis KUBAWA HATI INI – ELIS MOKHTAR


SINOPSIS



Novel ini ditulis secara monolog tentang konflik sebuah kekecewaan seorang wanita bergelar isteri. Isteri yang telah menaruh harapan tinggi untuk sebuah kebahagiaan, iaitu ingin mencintai dan dicintai oleh seorang lelaki yang bernama suami.

Baginya, percintaan tidak seharusnya berhenti selepas perkahwinan. Pada pertengahan usia perkahwinannya, dia telah tersedar akan kebenaran hidup ini bahawa cinta tidak itu tidak kekal dan ianya tidak seindah yang disangkakan.

‘Aku’ adalah seorang wanita yang berfikiran agak moden dan berpelajaran tinggi, tetapi sangat naif dalam pengertian sebuah cinta. ‘Aku’ sanggup berkorban apa sahaja demi cinta. ‘Aku’ telah mengabdikan dirinya demi kebahagiaan rumah tangga. Ini jelas apabila beliau sanggup meninggalkan segala-galanya untuk bersama lelaki yang dicintainya iaitu si suami yang berlainan bangsa, agama, adat dan budaya.

Di tengah-tengah kepayahan itu, ‘aku’ tersentak daripada lamunan panjang dan kembali menerima kenyataan hidup. Disebabkan itu, ‘aku’ cuba untuk menerima hakikat hidup dan tidak putus-putus berusaha untuk menghangatkan semula kasih sayang yang telah hampir pudar antara ‘aku’ dan suami. Bertahun lamanya ‘aku’cuba untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Ternyata ianya sia-sia apabila si suami tidak mempedulikan segala
usaha ‘aku’, malah menjadikan ‘aku’ sebagai objek untuk melepaskan kemarahannya.

Campur tangan ibu bapa suami sejak dari awal perkahwinan lagi menambahkan keperitan hidup ‘aku’. Itu membuatkan ‘aku’ terseksa dan mahu melangkah pergi meninggalkan segala-galanya.

Pada bab pertama, ‘aku’ telah mengambil keputusan untuk meninggalkan si suami dalam beberapa jam sebelum matahari terbit. Pada masa yang singkat ini, ‘aku’ telah mengambil kesempatan untuk menilai semula keputusan yang telah dibuat. ‘Aku’ tidak henti-henti bermonolog dengan memberi seribu sebab, mengapa ‘aku’sebegitu nekad kali ini. Pada masa yang sama, ‘aku’ kembali mengingati peristiwa pahit dan manis yang lalu.

Ini bukan kali pertama ‘aku’ mengambil keputusan seperti ini. Keputusan seperti ini pernah dibuat beberapa tahun yang lalu. Tetapi, hasrat ‘aku’ untuk pergi terpaksa dibatalkan setelah si suami tersedar akan kesalahannya. Si suami telah berjanji untuk berubah dan tidak akan lagi menganiaya hati dan perasaan. Janji si suami terkota apabila mereka berpindah ke daerah yang hampir dengan sanak saudara aku.

Benar, si suami telah insaf dan menjadi seorang suami yang terbaik seperti yang diidamkan oleh ‘aku’selama ini. Namun, ‘aku’ masih tidak dapat memaafkan semua perbuatan si suami pada masa lampau. Lantas, perasaan itu menjadi seperti dendam yang tersumbat di hati ‘aku’ terhadap kasih sayang yang tidak dihargai oleh si suami.

Akhirnya, ‘aku’ tewas dan ‘aku’ nekad untuk pergi meninggalkan si suami dan mengakhiri perkahwinan yang dibina ini. Kali ini, ‘aku’ tidak akan berpatah arah lagi kerana secara tiba-tiba seorang lelaki asing yang pernah dicintainya kembali menjelma ke dalam hidup barunya. Bab-bab seterusnya adalah imbasan kembali peristiwa yang terjadi secara bersambung-sambung dan tidak selari dengan rentetan masa dari tahun 2003 sehingga Januari 2008 sebagai bab terakhir.

Wednesday, January 5, 2011

..i dreamed of Ferris last night..



..but this time was a lil bit weird..i came to see him at his school..i didnt know where it was..my brother-in-law drove me. As i enter the school..i saw him already waited for us, just like he knew that we were coming...he just stayed and behaved very sweet. He stood there with his smiling face. I could see how excited he was as i came out from the car. I was really nervous..i didn't know how to approach him, so he wont get scared of me..yeah, we havent seen each other for quite some time..so i had to be careful not to scared him away.

At first i thought he would not recognize me anymore, i was wrong! As soon as he saw me..he called up my name, 'ummie!!!!!' screaming happily like he used to do always when we were together..he ran and came to hug me, kissing me! 'Where have u been, ummie? Why Ferris dont see ummie so long?" he kept asking this and that..he was so talkative like before! And he kept on holding my neck..just like he wont let me anymore..



Only God knows how happy I was to see him. I took a look at him..carefully from his face until his toes...yeah, he was Ferris...my son! He sat on my lap and kept asking me this and that..i was really surprised that he was still the same old Ferris like 21 months ago..only this time..he has grown up...taller and no more chubby cheeks...

Then, I brought him to the dentist..(I have no idea why this dentist part was in my dream!). He has to remove 2 of his teeth..he was very brave..he didnt scare at all to sit on the dentist chair..so, i picked up the teeth, i wanted to keep it, as i keep his newborn hair in the silver case which i bought before he has born.

After sometimes, we had to go..Ferris was busy playing in the playground. I called him up..and he was running to us..waiting for the car to stop so he can get in. I thought my bro-in-law just wanted to reverse the car, NO. The car kept on moving.. So, i looked at Ferris' face..he was waiting patiently...But, my brother-in-law just drove away and left Ferris behind. I said, 'abang zam, wait..Ferris!'..he didnt react and we just drove away. From the back window of the car, i saw Ferris was waving at us crying and screaming, "Abang apan! Anchik! Babah! ..ummie!! Dont leave me!'

I saw his face!! I saw my baby's face...he was sad!! He desperately wanted to come with us....

Frank...I MISSED FERRIS too much! In that dream, i wondered why i must leave him? I still could see him face...crying and screaming to us not leave him! ....what sign was that? Why?? I could stay and spend more time with him..and keep on sleeping all day just to be with him..but why in woke up???

...Baby, ummie missed u too much! ...rindu nya..rindu sangat...if i cant see him..at least in could see his photos or any news about him is good enough...i could smell his hair while he was hugging me..his sour smell..his sweart...because the dream was too real!!! please...show me some mercy...please, Frank...let me see my baby...

To everybody who read this, u probably think...THIS IS JUST A DREAM..but for me..it's different...because, this is the only way for me to meet up with my son, Ferris..in my dream. I am longing to see him, desperately...so, the only way i could have that moment is just in my dream..i could hold him, hug him, kiss him..and to get to know how he is now..

Ferris....ummie is missing u so bad...

:(
5th Jan 2011 (exactly 22 months since the last day i met Ferris on 5th March 2009)