For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven

For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven;
..for all my love, my heart and soul..all belong to you! This is how ummie love you - higher than a mountain, wider than an ocean ~

Tuesday, January 18, 2011

Sinopsis KUBAWA HATI INI – ELIS MOKHTAR


SINOPSIS



Novel ini ditulis secara monolog tentang konflik sebuah kekecewaan seorang wanita bergelar isteri. Isteri yang telah menaruh harapan tinggi untuk sebuah kebahagiaan, iaitu ingin mencintai dan dicintai oleh seorang lelaki yang bernama suami.

Baginya, percintaan tidak seharusnya berhenti selepas perkahwinan. Pada pertengahan usia perkahwinannya, dia telah tersedar akan kebenaran hidup ini bahawa cinta tidak itu tidak kekal dan ianya tidak seindah yang disangkakan.

‘Aku’ adalah seorang wanita yang berfikiran agak moden dan berpelajaran tinggi, tetapi sangat naif dalam pengertian sebuah cinta. ‘Aku’ sanggup berkorban apa sahaja demi cinta. ‘Aku’ telah mengabdikan dirinya demi kebahagiaan rumah tangga. Ini jelas apabila beliau sanggup meninggalkan segala-galanya untuk bersama lelaki yang dicintainya iaitu si suami yang berlainan bangsa, agama, adat dan budaya.

Di tengah-tengah kepayahan itu, ‘aku’ tersentak daripada lamunan panjang dan kembali menerima kenyataan hidup. Disebabkan itu, ‘aku’ cuba untuk menerima hakikat hidup dan tidak putus-putus berusaha untuk menghangatkan semula kasih sayang yang telah hampir pudar antara ‘aku’ dan suami. Bertahun lamanya ‘aku’cuba untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Ternyata ianya sia-sia apabila si suami tidak mempedulikan segala
usaha ‘aku’, malah menjadikan ‘aku’ sebagai objek untuk melepaskan kemarahannya.

Campur tangan ibu bapa suami sejak dari awal perkahwinan lagi menambahkan keperitan hidup ‘aku’. Itu membuatkan ‘aku’ terseksa dan mahu melangkah pergi meninggalkan segala-galanya.

Pada bab pertama, ‘aku’ telah mengambil keputusan untuk meninggalkan si suami dalam beberapa jam sebelum matahari terbit. Pada masa yang singkat ini, ‘aku’ telah mengambil kesempatan untuk menilai semula keputusan yang telah dibuat. ‘Aku’ tidak henti-henti bermonolog dengan memberi seribu sebab, mengapa ‘aku’sebegitu nekad kali ini. Pada masa yang sama, ‘aku’ kembali mengingati peristiwa pahit dan manis yang lalu.

Ini bukan kali pertama ‘aku’ mengambil keputusan seperti ini. Keputusan seperti ini pernah dibuat beberapa tahun yang lalu. Tetapi, hasrat ‘aku’ untuk pergi terpaksa dibatalkan setelah si suami tersedar akan kesalahannya. Si suami telah berjanji untuk berubah dan tidak akan lagi menganiaya hati dan perasaan. Janji si suami terkota apabila mereka berpindah ke daerah yang hampir dengan sanak saudara aku.

Benar, si suami telah insaf dan menjadi seorang suami yang terbaik seperti yang diidamkan oleh ‘aku’selama ini. Namun, ‘aku’ masih tidak dapat memaafkan semua perbuatan si suami pada masa lampau. Lantas, perasaan itu menjadi seperti dendam yang tersumbat di hati ‘aku’ terhadap kasih sayang yang tidak dihargai oleh si suami.

Akhirnya, ‘aku’ tewas dan ‘aku’ nekad untuk pergi meninggalkan si suami dan mengakhiri perkahwinan yang dibina ini. Kali ini, ‘aku’ tidak akan berpatah arah lagi kerana secara tiba-tiba seorang lelaki asing yang pernah dicintainya kembali menjelma ke dalam hidup barunya. Bab-bab seterusnya adalah imbasan kembali peristiwa yang terjadi secara bersambung-sambung dan tidak selari dengan rentetan masa dari tahun 2003 sehingga Januari 2008 sebagai bab terakhir.

5 comments:

  1. i'll get this novel asap...

    be strong!

    ReplyDelete
  2. yes, azreen & Elly! Last week, in Berita Harian stated that my novel is one of the fast selling kat MPH! ...baru je 5 hari dipasaran!
    ...bila dah baca nanti jangan lupa kasi review ye di facebook http://www.facebook.com/pages/Kubawa-Hati-Ini-by-Elis-Mokhtar/130605693671991

    ReplyDelete
  3. cm best jer cete nie. nk kena cari novel ni........ sis, be strong k.

    ReplyDelete

Please say something..