For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven

For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven;
..for all my love, my heart and soul..all belong to you! This is how ummie love you - higher than a mountain, wider than an ocean ~

Thursday, January 27, 2011

Ulasan spontan dari saya tentang 'Kubawa Hati Ini'




Boleh saya katakan bahawa saya memang peminat para Sasterawan Negara kita. Saya banyak membaca buku-buku novel mereka sedari kecil. Ini adalah kerana lagi bapa saya dulu seorang guru, beliau sangat gemar membaca dan mengumpul buku-buku novel seperti penulisan Hamka. Banyak buku-buku hasil karya Hamka saya sudah baca semasa saya kecil lagi.

Contohnya saya baca buku Hamka ‘Di Bawah Lindungan Ka’abah’ semasa umur saya 9 tahun lagi. Dan beberapa buah lagi buku termasyhur belian seperti – Merantau Ke Deli, Terbenamnya Kapal van der wijk dan lain-lain lagi.

Manakala novel ‘Lepaskan Aku Kembali Ke Laut’ Jilid I dan II karya Shaari Isa telah saya baca sewaktu berumur 14 tahun. Novel ‘Hartini’ tulisan aziz afkar, telah saya baca lebih dari 5 kali!

Akhirnya kini, seakan tidak percaya saya pula menghasilkan sebuah penulisan! Pastinya dalam penulisan saya ini, saya banyak terpengaruh dengan mereka; di mana pengaruh plot yang mendatar dan banyak kekeliruan semasa membacanya saya dapat dari Arena Wati, terutama dalam bukunya Sakura Mengorak Kelopak dan Kuntum Tulip Biru, yang mana saya mula membaca buku beliau semasa saya berumur 12 tahun. Kegilaan penggunaan bahasa kasar secara menyumpah seranah dengan daya imaginasi melampau adalah pengaruh dari Shanon Ahmad.

Manakala cara saya mengolah secara diskriptif yang detail adalah dari penulis pujaan saya, S. Othman Kelantan. Buku pertama allahyarham yg saya baca ialah ‘Ustaz’ (1991). Novel inilah yang telah memberi sumber inspirasi kepada saya dan mula berjinak-jinak untuk melahirkan hasil penulisan saya sendiri.

Cara helah pengunaan maksud perkataan dan memanupulasi kefahaman para pembaca pula saya banyak terpengaruh dengan S.Samad Said, yang mana boleh dikatakan pada setiap penulisan beliau penuh dengan yang tersurat dan tersiratnya!

Sekiranya diberi peluang, saya berkeinginan sekali para-para sasterawan ini sudi membaca novel saya ini. Kerana merekalah saya menjadi sebegini taksub dalam memanupulasikan rentetan hidup sebenar saya yg saya olah dan jadikan suatu penulisan keratif! Al-Fatihah utk S Othman Kelantan yang telah pulang ke Rahmahtullah!

Insyallah, dengan penambahan sedikit ilmiah, saya percaya rakyat Malaysia boleh membaca novel saya. Sekiranya tidak, maka mereka hanya membaca apa yang tersurat, manakala apa yang tersirat masih tersimpan dan menjadi rahsia!

Oleh kerana ada yang bertanya, dan saya percaya ada ramai pembaca mahu membaca kisah Ferris. Kini saya sedang menulis buku kedua saya iaitu pasal Ferris. Di dalam penulisan ini saya akan menceritakan bagaimana penderitaan saya kehilangannya dan bagaimana saya bangkit meneruskan hidup ini dengan tanpa putus asa memperjuangkan untuk mendapatkan anak saya kembali, Insyallah saya cuba untuk menyiapkan secepat yg mungkin. Mungkin ia akan menjadi inspirasi pada semua para ibu. Insyallah.

Ferris, inilah kasih sayang ummie pada Ferris...ummie takkan berputus asa!
If Ferris said how much Ferris loves ummie: HIGH LIKE A MOUNTAIN, WIDE LIKE AN OCEAN..
And this is how ummie loves Ferris: HIGHER THAN A MOUNTAIN, WIDER THAN AN OCEAN!

missing u baby...
i keep on missing u until u are here with me..

ummie Ferris

4 comments:

  1. Steady elis! Keep up the good work!

    ReplyDelete
  2. thx saat...ko kena baca..kasi aku satu kritik yg kaw-kaw punyer! ..bagi aku kritik dari kawan2 yang kenal sapa aku...sama2 berpayah masa study dulu paling penting...kerana kita orang seni!

    ReplyDelete
  3. kak elis..saya dah baca novel akak...memang mencengkam hati...saya seorang ibu,...saya faham bagaimana rasanya anak berjauhan dgn kita..saya sendiri tak pernah berjauhan dgn anak2 saya...sbb rasanya mcm tak lengkap hidup..biar jauh dr 'lelaki' jangan dgn anak....pernahs aya tinggalkan anak saya yg sulung dgn ayah dia..saya balik kampung utk jaga ayah sakit...baru hari pertama jek dah mcm orang meroyan...inkan pula akak yg sekian lama....semoga akak terus tabah dan cekal..insya allah..Allah Maha Adil kak..suatu hari nanti pasti ade sinar bahagia utk akak...ramai org mendoakan yg terbaik utk akak dan Ferris..insya allah.......

    ReplyDelete
  4. thank you, sue! ..ya, memang susah.. dugaannya sangat besar! ..hampir gila dibuatnya. Tapi, ingat yang suatu hari nanti Ferris akan balik..takkan nak tengok ummie dia dah mereng duduk kat hospital sakit jiwa pula..tu yg TETAP kuatkan semangat! Tetap kuatkan diri bahawa semua ini dugaan dariNya..betapa besar hikmah disebaliknya..hanya Allah Maha Mengetahui! Saya redha... masih bersyukur Ferris ada bersama ayahnya drpd dia diculik oleh org lain yg kita tak kenal!

    ReplyDelete

Please say something..