For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven

For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven;
..for all my love, my heart and soul..all belong to you! This is how ummie love you - higher than a mountain, wider than an ocean ~

Monday, May 23, 2011

AL-FATIHAH untuk korban Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat

Al-fatihah

Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa mereka yang terkorban! 
Tempatkahlah mereka di tempat orang-orang yang bertaqwa di syuga sana.
Kuatkanlah semangat para keluarga dan sahabat handai arwah!
Amin amin amin!

Jadilah anak yang beriman ya, sayang ~
Bagaikan teragut nyawa ummie bila ummie dengar berita tentang tragedi tanah runtuh ni, Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Al-Taqwa di Bt 14, Hulu Langat..dekat sangat dengan rumah unyang. Bila ummie tengok senarai mangsa yang terkorban, airmata ummie tak tertahan lagi, sebak dan terus mencurah-curah.. lagi-lagi bila dua orang daripadanya sebaya dengan Ferris! Seorang sebaya kak Nang, Empat orang sebaya abang Da, dan seorang sebaya anchik!!! Ya ALLAH! Petaka apakah ni?  Dosa siapakah semua ni sehinggakan mengorbankan seramai ini yang kebanyakkannya terdiri dari kalangan kanak-kanak! 
Ummie terus matikan TV, ummie tak sanggup nak mendengarkan bait-bait ayat yang dibaca oleh pemberita tu lagi! Pagi tadi ummie menyelak surat khabar, lagi mata ummie berair, terasa tersekat kerongkong ummie bila tengok kanak-kanak tu di kebumikan satu liang lahat semuanya! Ya ALLAH, kasihanilah mereka! Lindungilah mereka! Tempatkanlah mereka di tempat para syuhadah! AMIN!
Begitu juga dengan anakku, Ferris yang tak tahu di mana dia berada, apa yang dimakannya, ajaran apa yang diikutnya. Lindungilah anakku dari mala petaka, ya ALLAH! Amin ya Rabbal a'lamin!
Ferris jaga diri baik-baik ya, sayang! Jadilah anak yang disayangi dan disenangi papa, opa dan oma. Ummie taknak apa-apa terjadi pada Ferris, walaupun ummie tak ada bersama dengan Ferris, tapi, doa ummie, semangat ummie, kasih sayang cinta hati ummie ada bersama dengan Ferris. Tak pernah sepicing mata pun ummie terleka tak jaga Ferris!

Ummie sayang Ferris ~

Sambutan HARI IBU di SK Gombak Setia - May 10, 2011

..again ummie is talking about Ferris...
Ferris! Ferris! Ferris!
Nama Ferris tak pernah lekang dari bibir ummie..
Setiap hari ummie sebut nama Ferris..
Setiap malam sebelum ummie nak tidur ummie ingat Ferris..
ummie cuba ingat muka Ferris, 
ummie cuba bayangkan macamana wajah Ferris sekarang,
keletah Ferris... ~ rindu Ferris sangat sangat sangat!!
..selepas 2 tahun 2 bulan ummie tak jumpa Ferris..
walau sekeping gambar Ferris tak pernah dikirimkan pada ummie..
Pada 10 Mei 2011, sempena sambutan Hari Ibu di sekolah ibu,
ibu minta ummie ceritakan kisah Ferris pada kawan-kawan,
kakak-kakak dan abang-abang di SKGS..

Gambar terakhir dengan Ferris semasa main bowling di Times Square

Terima kasih kepada SKGS kerana sudi menjemput ummie berkongsi cerita kisah Ferris,
pada guru-guru dan para-para ibu 
yang setia menanti dan memberi sokongan dengan kata-kata dan airmata 
dan paling best kepada semua anak-anak murid SKGS 
yang sangat menghormati cerita ummie sehingga tiada seorang 
pun yang notty dan buat bising! 

THANK YOU!


Semasa mula-mula ummie sampai ke SKGS
ibu yang ambil gambar-gambar ummie ni..




Kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang di SKGS
yang tak sabar-sabar nak dengar ummie cerita kisah Ferris pada mereka



Kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang 
yang sedang sebak..ada yang menangis bila ummie cerita kisah Ferris!
Ummie ceritakan macamana detik-detik 
semasa papa ambil Ferris dari dalam pelukan ummie





para-para ibu di belakang pun sama sedang sebak



Sessi autograph buku dan bergambar dengan guru-guru SKGS
dan  para-para ibu






























Pelukkan kasih yang penuh dengan sokongan
dari para guru-guru, ibu-ibu dan anak-anak murid SKGS
untuk ummie supaya tabah dan tidak berputus asa 
untuk terus berusaha cari Ferris sampai dapat..







Sekali lagi TERIMA KASI SEMUA!!


Dah lama sangat ummie tak bercerita tentang Ferris pada sesiapa. Pagi tu, ummie sebak sangat, tetapi ummie gagahkan jua.. 
Biar semua orang yang mendengarkan kisah Ferris, ambil iktibar! Supaya kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang di SKGS tahu yang kasih sayang seorang ibu sangat tiada ternilainya..dan kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang di SKGS sayang pada ibu mereka..macam Ferris sayangkan ummie!
Alhamdulillah semua kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang di SKGS diam dan kusyuk dengar cerita ummie..auntie-auntie dan semua teacher yang ada pun sama sebak. Ada ramai yang menangis. Bukan ummie nak mereka menangis..sedangkan ummie pun tak menangis. Airmata ummie dah tak ada untuk menangis. Ummie ceritakan kisah Ferris dengan senyuman di bibir ummie..
..sebab pada masa tu wajah Ferris, keletah Ferris dah terbayang-bayang di mata ummie, suara Ferris dah terngiang-ngiang di telinga ummie, bau masam Ferris pun dah terhidu-hidu di pangkal hidung ummie..

Ferris..
ummie loves you so much!
If u ever forgotten ummie, only death keep us apart, baby ~

sayang Ferris...
sayang Ferris sangat sangat sangat!

Love,
ummie Ferris 







Sunday, May 8, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY - May 8, 2011

 HAPPY MOTHER'S DAY
to 
three of 'US'

Nini Nafaizah Mokhtar - Ibu
Lili Smaili Mokhtar - Mummy
Elis Syuhaila Mokhtar - Ummie

"Three mothers" - ummie, ibu and mummy
Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” 
Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” 
(Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).


Khas untuk anak-anak kita;
Ahmad Zuhair Zhafran Ahmad Zamri ~ abang
Lisa Farisya Khairy ~ Kakak
Ahmad Zaim Zarif Ahmad Zamri ~ anchik (abang kecik)
Hakimi Fariss Khairy ~ Bang Da (abang muda)
Nisha Naura Ahmad Zamri ~ Kak Nang
Ferris Mokhtar van de Ven ~ Bang Yang (abang sayang @ young)
Ahmad Zafrin Ziedan Ahmad Zamri ~ Bang Je (abang manja)
Miya Marissa Khairy


Anak-anak ummie....
Dari detik pertama ummie dapat tahu tiap kali bila ibu dan mummy menyampaikan berita gembira mengandungkan kalian, begitu juga pada detik pertama bila ummie khabarkan kepada ibu dan mummy... 
Tiada terhingganya kami melonjak kegembiraan. Dari mata kami sudah terpancar suatu perasaan yang amat bahagia, senyuman dibibir kami terus melirik manis, degupan jantung di dada kami tiada terhingga debarannya. Seolah-olah kami menerima sebuah keajaiban dunia yang tiada tolok bandingannya! Dan itulah yang kami rasa pada setiap kali berita gembira itu diperkhabarkan sehinggalah pada saat kelahiran kalian..
Hati kami tidak sabar-sabar menantikan. Jiwa kami sudah menguntum bunga-bungaan. Lagak kami seolah bagaikan mahu melihat wajah kekasih yang amat dirindui.. yakni wajah-wajah kalianlah yang kami nantikan.. tangisan pertama kalianlah yang mahu kami dengarkan..

Abang
Ahmad Zuhair Zhafran 
25 February 1996
Abang and ummie - July 2010
Ummie dapat berita dari ibu di bulan terakhir ibu mengandungkan abang. Ummie masa itu masih belajar di UiTM. Gembira tak terhingga rasanya, almaklumlah anak buah pertama dalam keluarga kita; anak kakak sulong ummie! 
Pada hari kelahiran abang 25 Feb 1996, ummie dapat berita ibu selamat melahirkan abang, ketika itu ummie ada di kolej. Mummy dan daddy datang jemput bawa atok sekali pergi melawat ibu dan abang di Hospital University, KL. Pertama kali ummie jenguk abang dalam baby basin di hospital tu, abang comel sangat! Pipi abang gembol! Tembam!!! Terus atok panggil abang 'Gedudel' ..ummie pun tak pasti mana atok dapat nama gelaran tu, yang pastinya atok dapat idea dari pipi abang yang montel tu. 
Masa mid-term break, ummie terus balik rumah nenek, jaga abang dan ibu. Abang nangis je. Ibu pula masa tu demam teruk. Ummielah yang jaga abang, tukar lampin..semua ummie buat. Ingat lagi, masa tu abang asik nangis. Baju pulak tak cukup, sebab musim hujan. Baju abang semua lembab. Babah terpaksa belikan baju extra untuk abang. Ummie balut abang dengan kain batik. Ummie peluk je abang, ummie tak sanggup nak letak abang takut abang sejuk.
Lagi satu yang ummie ingat, ummie singgah di Toys 'r Us kat Subang Parade (sebab ummie balik naik komuter dari Shah Alam ke Kuang), ummie belikan abang mainan loceng dengan bib baby bertulis "Toys 'r Us' Baby" ..loceng tu harga RM6.90, bib tu harga RM12.90. Ummie beli dengan duit jualan watercolor painting ummie! 
Bila ummie tengok abang, untuk pertama kalinya ummie rasa jiwa ummie terisi. Ya, abang anak ummie walaupun ummie tak melahirkan. Ummie sayang abang sama macam ibu sayangkan abang.

Kakak
Lisa Farisya 
19 aug 1996
Kakak and ummie - july 2010
Ummie sangat rapat dengan mummy. Di mana mummy, di situlah ummie ada. Semasa mummy mengandungkan kakak, ummie sentiasa berada dengan mummy. Kalau mummy lenguh kaki, ummie urutkan. Kalau mummy sakit pinggang, ummie urutkan. Apa mummy nak, ummi turutkan. 
18 Ogos 1996, masa tu musim buah durian. Kita sekuarga semua balik makan durian rumah unyang. Malam tu, kami makan beramai-ramai. Tok Yayah masak sedap. Mummy dan daddy pun ada sama makan. Lepas makan, kami semua seronok sangat makan durian. Nenek dah pesan supaya mummy jangan makan banyak sangat. Tapi entah kenapa, mummy suka hati sangat masa tu, makan durian sambil gelak kuat-kuat. Dah la mummy dah tak boleh nak duduk bersila, mummy gelak sampai keluar airmata. 
Tiba-tiba.. Semua jadi kelam kabut! Daddy terus bawa mummy pergi hospital. Ummie and Chik Jam ikut sama, mana tahu kalau-kalau ada apa-apa nanti. Ya, malam tu kami terus ke SJMC. Mummy terus masuk ward. Masa menunggu tu, chik Jam demam. Daddy pula sakit perut. Keesokkan harinya 19 Ogos 1996, Kak Ica lahir. Kak Ica terpaksa dilahirkan awal dengan pembedahan, sebab tali pusat dah berbelit. Masa nurse bawa Kak Ica keluar dari labour room, ummie terus ikut sebab daddy nak qamat kan Kak Ica. Ummie tak sabar-sabar nak tengok kak Ica. Kak Ica, you were so small. Ummie nampak tapak tangan kak Ica warna biru. Berdarah-darah lagi ummie terus cium kakak. Anak buah perempuan ummie yang pertama! Ummie dah terasa kasih sayang ummie pada kak Ica sejak dari dalam kandungan mummy lagi. 
Kebetulan pula masa tu ummie dah cuti semester, ummie jaga Kak Ica di rumah nenek. Kak Ica asik nangis je. Nenek kata, kak Ica kembung perut. Kenalah ummie dodoikan kak Ica walaupun ummie mengantuk. Kak Ica tak henti menangis sampailah kak Ica umur 3 bulan lebih! Lagu yang selalu ummie nyanyikan masa dodoi kak Ica; Suatu Masa - M.Nasir, lagu nasyid 1 Muharram. Kak Ica rapat sangat dengan ummie, sebab ummie duduk sama dengan mummy di Shah Alam. Ummie ingat lagi, bila kak Ica dah pandai berjalan, setiap pagi kak Ica akan masuk ke dalam bilik cari ummie dengan buku-buku cerita sekali. Ummie kena bacakan semua buku-buku tu, barulah ummie boleh mandi dan pergi kelas. Buku cerita paling kak Ica suka; Red Riding Hood. Video yg kak Ica suka tengok sampai 10x sehari; Snow White. Masa mummy tak ada maid, ummie terpaksa bawa kakak pergi studio. Kakak anak yang baik. Bila ummie buat painting di studio, kak Ica duduk diam-diam sampai tertidur di tepi ummie. Sampai kawan-kawan ummie semua kenal kak Ica. Kalau kak Ica demam, kak Ica akan cari ummie. Ummie terpaksa bergegas balik dari Penang (masa tu ummie tengah buat research untuk thesis di USM) semata-mata kak Ica demam dan sebut-sebut nama ummie. Mummy suruh ummie balik!
Kakak, ummie loves you so much. And I am sure u are already knew it! Masa Aish lahir, ummie jaga Aish. Kak Ica cemburu sangat! Bila ummie mandi atau peluk Aish, kak Ica buat bising! Ummie geram sangat, ummie kurung kakak dalam bilik. Kakak menangis panggil ummie... Kakak, ummie menyesal sangat ummie marah-marah kakak masa tu. Masa ummie duduk berjauhan dengan kakak, ummie ceritakan pada mummy semuanya..mummy kata; sebab tu Lisa sayang ummie sangat! Sebab ummie sayang pada kak Ica sangat sangat!

Anchik
Ahmad Zaim Zarif
30 July 1997
Anchik and ummie - Raya Sept 2010
'Siapa Dompok ummie???' ...........'dedek! dedek!' kata anchik sambil angkat tangan. Kenapa ummie panggil anchik 'dompok'? Sebab anchik was so cute! Pipi montel, perut boncet! Ibu dan babah panggil anchik 'dedek'.
Masa ummie jaga anchik, ummie baru saja habis belajar. Sebelum itu, ummie duduk rumah mummy jaga Aish (Bang Da). Bila mummy dah dapat orang gaji, ummie tumpang rumah ibu sebab ummie sedang buat research untuk thesis ummie di sekolah ibu; mengajar lukisan tanpa gaji untuk murid tahun 4. Masa itulah, anchik rapat sangat dengan ummie. Malam-malam anchik datang tidur dengan ummie. Masa tu juga, ibu tengah mengandungkan Nisha (Kak Nang). Ummie ingat lagi, masa tu anchik demam. Ibu ambik anchik tido dengan ibu, malam tu jugak anchik berjalan sendiri datang tidur dengan ummie, 'ummie...dedek nak neh' (neh = susu).
Dalam ramai2 kalian semua, anchik lah yang paling notty! Anchik ada je idea nak buat! Satu hari tu, ummie marah sangat dengan anchik. Ummie suruh anchik duduk kat tepi sudut pandang dinding. Anchik masa tu baru 2 tahun lebih. Anchik pandang je dinding, tak bergerak2. Ummie panggil anchik, 'Dek...meh kat ummie..' ..anchik tak pandang pun ummie. Sampailah ummie datang peluk anchik. Pastu baru anchik nangis terus minta neh!
Sampailah sekarang, anchiklah buah hati pengarang jantung ummie. Anchiklah yang suka conteng painting ummie! Lepas tu tak mengaku!! Bila anchik dah besar, anchiklah yang suka dukung Ferris yang montel tu bawak pergi playground. Bila Ferris dah besar, anchik suka tolong ummie mandikan Ferris, suapkan Ferris makan!  Masa ummie menangis tak henti2 masa hilang Ferris, anchiklah yang teman ummie. Tidur dengan ummie, pujuk ummie, sikat rambut ummie!
Anchik, ummie loves you so muchh!!! Masa ummie baru-baru kawin dengan Uncle Frank dulu, bila ummie teringat suruh anchik pandang dinding tu, ummie nangis kuat-kuat!!! Ummie rasa bersalah sangat hukum anchik! Kalau anchik nak tahu, ummie pernah gaduh dengan ibu sebab ibu marah anchik dengan abang main shampoo, ibu bantai anchik dengan abang sampai birat! Masa tu ibu tengah mengandungkan Nisha. Ummie nak pukul belakang ibu sebab marah sangat ummie dah pukul beberapa kali tapi tak kena, langsung ibu gelakkan ummie!

Aish a.k.a Abang Da
Hakimi Fariss
13 Aug  1998
Aish a.k.a Bang Da and ummie, July 2010
Ummie jaga Aish dari hari pertama Aish lahir! Tali pusat Aish tanggal pun dengan ummie, masa ummie tengah mandikan Aish. Kebetulan masa tu ummie baru je habis belajar pada Ogos 1998. Bila ummie dapat tahu yang mummy dah sakit, ummie balik rumah dan terus bawak mummy pergi SJMC naik teksi! Masa tu, daddy kerja. Bila daddy sampai, daddy hantar ummie balik dengan kakak. Unyang (belah daddy) ada masa tu temankan ummie.
Ummie panggil Aish ''budak hitam'. Bila pakaikan baju Aish, ummie selalu nyanyikan.. 'Budak Hitam oh si budak hitam! Hitam hitam si tampuk manggis! Luar hitam dalamnya putih manis!'.
Bila Aish dah pandai cakap, Aish becok sangat. Nakal. Semua Aish nak! Manja teramat! Aish selalu pujuk ummie bila ummie nak pergi kerja; ummie, yomlah gi Megamall'. 'Megamall?' (MidValley). ''Tak yah la Megamall, Sogomall boleh?' .. 'Ummie tak yah work, yomlah gi Sogomall..' mcm tulah Aish pujuk ummie. Aish suka sangat patung polar bear company Blondal, ada kat tepi highway tu, betul-betul kat tol subang-shah alam tu.
Paling best, bila ummie berpeluh-peluh lepas masak, ummie selalu kata, 'Siapa sayang ummie, cium ketiak ummie!' hahahahah Aish lah orang pertama akan berlari dan cium ketiak ummie, walaupun mummy dan daddy pura-pura muntah, kononnya kotor! Aish tak kira, Aish cium jugak!
Bila ummie pergi dating dengan Uncle Frank, ummie akan bawa kakak dan Aish sama. Aish akan ummie dukung sepanjang masa, walaupun masa tu Aish dah besar! Bila ummie dapat baby Ferris, Aish lah yang paling happy. Aish selalu kata; Ferris is the cutest baby in the world! Aish suka sangat bila ummie letak nama baby Ferris sempena nama Aish! Bila Ferris dah besar, Aish lah yang paling Ferris sayang! Ferris panggil Bang Da... Semua baju nak sama. Ferris tak pernah berpisah tidur dengan ummie, tapi tido dengan bang da, dia sanggup! 
And I am sure you do know how much ummie loves you ~ 

Kak Nang
Nisha Naura
26 July 1999
Kak Nang and ummie - May 2011
Ummie sempat jaga kak Nang masa baru lahir di rumah nenek. Nama Nang tu atok yang kasi - Inang Suri
Surat dari Nisha - 2006

Masa ummie dah kawin dengan uncle Frank, duduk jauh-jauh, setiap kali ummie talifon ibu, nanti kak Nang nyanyikan lagu arab 'ummie.. ummie.. ummie' untuk ummie sambil nangis! Setiap kali ummie berangkat balik ke Belgium, kak Nang mesti ada surat untuk ummie. Semua surat-surat kak Nang tu, ummie ada simpan. Tapi, buat masa ni, ini saja yang ada pada ummie, sebab selainnya ummie simpan kat rumah di Belgium. Bila ummie baca surat kak Nang ni dlm kapal terbang, umme nangis! Ummie terharu sangat! Sebab masa kak Nang kecik-kecik dulu, kak Nang manja sangat dengan uncle Frank. Mana gambar kak Nang mesti uncle Frank tengah dukung, dalam video pun! 
Tapi, sekarang uncle Frank dah tak ada dengan kita. Dan ummie pun dah tak duduk jauh-jauh. Ummie ada sini! Sepanjang ummie duduk rumah ibu selepas uncle Frank bawa Ferris pergi, Kak Nang selalu hiburkan hati ummie. Tiap kali balik sekolah, kak Nang selalu belikan ummie jajan. Ada sekali tu, kak Nang belikan ummie nasi lemak kantin sekolah. Thank you kak Nang!! Ummie sayang kak Nang!!! 

Abang Yang
Ferris Mokhtar
07 Dec 2003
Ferris and ummie - on the last day Mar,2009
Ferris Mokhtar van de Ven. My son!!! Masa ummie khabarkan kepada ibu dan mummy yang ummie mengandungkan Ferris, ibu dan mummy happy sangat! Masa tu, ummie dan papa ada di Belgium. Bulan ke-6, ummie balik Malaysia. Tapi masa tu, ummie and papa menetap di Pulau Langkawi. Kerana tak tahan alahan, ummie terus cari rumah di KL, sebab ummie nak lahirkan Ferris di Selangor juga! Ummie dan mummy pun cari lah rumah-rumah sekitar KL, akhirnya dapat rumah di Percinct 10, Putrajaya.
Masa ummie nak lahirkan Ferris, ibu dan babah, mummy dan daddy datang hospital pukul 5 pagi!  Papa tak berganjak ke mana temankan ummie, makan pun tak. Pergi toilet pun papa cepat-cepat datang balik! Oma pun ada masa tu, oma datang semata-mata nak tunggu Ferris lahir! Oma and ibu tunggu ummie melahirkan Ferris selama 15 jam! Mummy terpaksa balik rumah sebab jaga abang, kakak, anchik and kak Nang. Babah yang azankan Ferris. Semoga Ferris pun jadi macam babah, anak yang soleh dan suami yang penyayang, juga abang ipar yang pengasih! Petang tu, bila Ferris lahir, semua datang. Mummy datang dengan atok. Atok bacakan surah 'Lailatulqadr' untuk Ferris supaya Ferris jadi anak yang berani!
I have told in most of my writings about Ferris. Semuanya pasal Ferris. Baiklah ummie ringkaskan sahaja di sini! Semua anak-anak tahu, walaupun anak kandung ummie dia ialah Ferris ni, tapi, ummie tahu kalian semua dah tahu awal-awal lagi yang kasih sayang ummie pada kalian semua tak berbelah bagi!
Ferris pun tak pernah anggap abang, kakak, anchik, abang da, kak nang, ziedan n Miya orang lain. Uncle Frank selalu terang yang kalian semua tu hanya 'sepupu' atau 'cousin' ..Ferris still nak cakap, my brother is Abang Da.. My sister is baby Miya.. Anchik is my brother.. jangan marah kak Ica, he only came to you when he had fought with Aish! ..and kak Nang kalau anchik marah-marah! Tapi kalau main bola.. abang apan!!!
Masa makamah perintahkan membenarkan papa melawat Ferris selama seminggu, ibu yang pengsan dulu. Bila ummie cari ibu di belakang, ummie nampak ibu terjelepuk kat lantai tepi toilet. Ibu nampak je ummie, ibu terus bangun. Pura-pura yang ibu tak apa-apa. Ibu taknak ummie tahu yang ibu sangat sedih masa tu.
Bila Ferris hilang, ummie macam tak percaya. Mummy yang menangis-nangis dalam talifon. Mummy yang merana risaukan Ferris, risaukan ummie. Mummy depressed sampai jadi kurus sangat. Mummy terpaksa ambil 'calm pills'. Bila mummy balik KL, masa tu nak hari Raya, mummy belikan Ferris baju Melayu, songkok, kasut. Setiap kali mummy beli apa-apa untuk semua orang, untuk Ferris mesti ada. Masa hari Raya, duit raya untuk Ferris pun ada dari ibu and babah, mummy and daddy, atok Manap and wan Senah pun kasi duit raya pada Ferris. Duit raya tu semua ibu simpankan untuk Ferris!

Ziedan (Abang Je)
Ahmad Zafrin Ziedan
30 July 2004
ziedan & ummie
di Pesta Buku Antarabangsa
Apr 2011
Semasa ibu lahirkan Ziedan, ummie tak ada di Malaysia. Masa tu abang yang baru je umur 7 bulan. Tapi, ummie belikan Ziedan set baby beddings sama macam abang Yang. Ibu kata, Ziedan putih melepak kenan abang Yang. Memang betul, ummie tengok gambar Ziedan, memang Ziedan putih melepak dan gebu macam abang Yang. 
Ziedan paling notty. Paling kecik susuk tubuhnya! Paling petah bercakap! Petah melawan! Semuanya Ziedan! Kalau Ziedan mula berceloteh, babah yang tengah drive pun boleh tergelak! Ada saja idea Ziedan nak melawan! 
Tapi, Ziedan paling abang Yang rapat. Main, gaduh semuanya dengan Ziedan. Masa hari terakhir abang Yang nak kena ambik dengan uncle Frank tu, abang Yang rayu supaya Ziedan teman dia, tak payah ikut ibu pergi beli bunga kat SSF. Tapi, Ziedan pergi juga. Abang Yang nangis merayu ummie supaya call ibu balik, abang Yang nak ikut ibu sebab Ziedan ikut ibu.
Walaupun Ziedan notty, ummie sayangkan Ziedan sangat sangat! Cuma, lepas abang Yang tak ada, ummie tak sanggup nak peluk-peluk dan cium-cium Ziedan macam selalu, sebab ummie sedang rawat hati ummie yang hancur berkecai ni. Zeidan tahu ummie rindukan abang Yang sangat! Ziedan sayang abang Yang juga kan! Tapi, sekarang alhamdulillah ummie dah semakin pulih! Cuma Ziedan je yang dah tak mahu! Kan Ziedan dah besar!

Miya
Miya Marissa 
6 Dec 2006
Miya, Apr 2011
Inilah dia yang paling bongsu (?) ..yang paling mengada-ngada. Yang paling manja! Yang paling pandai pujuk rayu abang-abang dan kakak-kakak dia! Siapa lagi kalau bukan Miss Miya Marissa anak dara Encik Khairy Hassan ni hah! Semua orang kata Miya macam ummie. Ya, Miya memang macam ummie sebab Miya tembam + debab kan!!! Hahahaha ..mesti ramai setuju kan????? (suka la tewww)
Jangka2 Miya nak lahir, ummie dah balik Malaysia awal-awal! Miya lahir sahaja, ummie and uncle Frank and Bang Yang terus terus terbang ke Manila. Masa tu mummy and daddy menetap di Manila. Mummy mengadu pada ummie yang mummy dah lupa macamana nak jaga baby! Jadi tu, ummie terpaksalah jaga Miya. Selama sebulan ummie, uncle Frank and abang Yang duduk di Manila. 
Miya and ummie, July 2010
Tapi, oleh kerana ummie and mummy sangat suka shopping, ummie dah kendong Miya dalam babybjorn, abang Yang punya masa baby dulu, kita merayau ke GreenHill beli South Sea Pearls! Teringat lagi masa tu, abang Yang baru practice tak pakai diaper, abang Yang terkencing dalam seluar!
Dari segi cara bercakap, cara bergurau, Miya lah yang paling sama dengan abang Yang. Mummy selalu cakap yang ada kalanya kalau Miya bercakap, alun bunyi cara bercakap Miya sama macam abang Yang. Padahal, Miya baby lagi masa abang Yang ada dengan kita. Ummie ingat lagi masa hari terakhir, masa abang Yang nak pergi, Miya lah yang menangis paling kuat. Masa tu Aunty Vergie dukung Miya. Miya panggil abang Yang, Miya nak ikut sama. Ummie sayang Miya sangat sangat! Insyallah kita jumpa abang Yang lagi ya!

"..telah diciptakan olehNya suatu ikatan yang cukup teguh dan sebuah kasih sayang yang tiada tolok bandingan hebatnya disulami pula sebuah kejiwaan yang teramat indah untuk dijalini seeratnya antara ibu dan anak. Sembilan bulan sepuluh hari bersusah payah anak dikandungkan, diuji antara hidup dan mati semasa melahirkan. Diduga kesabarannya membesarkan si anak lantas menjadikan si ibu seorang yang kuat, tabah dan luhur kasih sayangnya. Tiada mengenal penat dan lelah! Begitulah saratnya cinta dan pengorbanannya ~ hanya untukmu, anakku!" - Elis Mokhtar








Pernahkah kita mengeluh?


Selamat Hari Ibu!!