For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven

For my baby ~ Ferris Mokhtar van de Ven;
..for all my love, my heart and soul..all belong to you! This is how ummie love you - higher than a mountain, wider than an ocean ~

Monday, May 23, 2011

Sambutan HARI IBU di SK Gombak Setia - May 10, 2011

..again ummie is talking about Ferris...
Ferris! Ferris! Ferris!
Nama Ferris tak pernah lekang dari bibir ummie..
Setiap hari ummie sebut nama Ferris..
Setiap malam sebelum ummie nak tidur ummie ingat Ferris..
ummie cuba ingat muka Ferris, 
ummie cuba bayangkan macamana wajah Ferris sekarang,
keletah Ferris... ~ rindu Ferris sangat sangat sangat!!
..selepas 2 tahun 2 bulan ummie tak jumpa Ferris..
walau sekeping gambar Ferris tak pernah dikirimkan pada ummie..
Pada 10 Mei 2011, sempena sambutan Hari Ibu di sekolah ibu,
ibu minta ummie ceritakan kisah Ferris pada kawan-kawan,
kakak-kakak dan abang-abang di SKGS..

Gambar terakhir dengan Ferris semasa main bowling di Times Square

Terima kasih kepada SKGS kerana sudi menjemput ummie berkongsi cerita kisah Ferris,
pada guru-guru dan para-para ibu 
yang setia menanti dan memberi sokongan dengan kata-kata dan airmata 
dan paling best kepada semua anak-anak murid SKGS 
yang sangat menghormati cerita ummie sehingga tiada seorang 
pun yang notty dan buat bising! 

THANK YOU!


Semasa mula-mula ummie sampai ke SKGS
ibu yang ambil gambar-gambar ummie ni..




Kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang di SKGS
yang tak sabar-sabar nak dengar ummie cerita kisah Ferris pada mereka



Kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang 
yang sedang sebak..ada yang menangis bila ummie cerita kisah Ferris!
Ummie ceritakan macamana detik-detik 
semasa papa ambil Ferris dari dalam pelukan ummie





para-para ibu di belakang pun sama sedang sebak



Sessi autograph buku dan bergambar dengan guru-guru SKGS
dan  para-para ibu






























Pelukkan kasih yang penuh dengan sokongan
dari para guru-guru, ibu-ibu dan anak-anak murid SKGS
untuk ummie supaya tabah dan tidak berputus asa 
untuk terus berusaha cari Ferris sampai dapat..







Sekali lagi TERIMA KASI SEMUA!!


Dah lama sangat ummie tak bercerita tentang Ferris pada sesiapa. Pagi tu, ummie sebak sangat, tetapi ummie gagahkan jua.. 
Biar semua orang yang mendengarkan kisah Ferris, ambil iktibar! Supaya kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang di SKGS tahu yang kasih sayang seorang ibu sangat tiada ternilainya..dan kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang di SKGS sayang pada ibu mereka..macam Ferris sayangkan ummie!
Alhamdulillah semua kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang di SKGS diam dan kusyuk dengar cerita ummie..auntie-auntie dan semua teacher yang ada pun sama sebak. Ada ramai yang menangis. Bukan ummie nak mereka menangis..sedangkan ummie pun tak menangis. Airmata ummie dah tak ada untuk menangis. Ummie ceritakan kisah Ferris dengan senyuman di bibir ummie..
..sebab pada masa tu wajah Ferris, keletah Ferris dah terbayang-bayang di mata ummie, suara Ferris dah terngiang-ngiang di telinga ummie, bau masam Ferris pun dah terhidu-hidu di pangkal hidung ummie..

Ferris..
ummie loves you so much!
If u ever forgotten ummie, only death keep us apart, baby ~

sayang Ferris...
sayang Ferris sangat sangat sangat!

Love,
ummie Ferris 







5 comments:

  1. Saya Nil Faizal.. heheh.. hai kak Elis.. Saya Penyokong Akak !! :D
    Ikhlas perjuangan
    seiring pengorbanan :D
    Kak Elis.. Idola seorang wanita berpangkat Ibu ! :D

    ReplyDelete
  2. setiap entry k.dood pasti sumenye menyayat hati sesiapa yg membaca...satu hari nanti k.dood..kesabaran,usaha dan penantian k.dood akan membuahkn hasil insyaAllah....

    ReplyDelete
  3. Malaysian will pray for u...Insyaallah...

    ReplyDelete

Please say something..